Kitab Al-Ibadah.
Bermula dari bangun tidur hinggalah tidur semula, mana yang lebih banyak dilakukan dalam satu hari? Mentaati perintah-perintah Allah atau menentang hukum-hukumNya?
Ingatlah bahawa sesungguhnya kita dan Allah sudahpun membuat perjanjian bahkan mengulang-ulangkannya saban hari dalam solat kita.
"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. " - surah Al-An'am ayat 162
Oleh itu jagalah hukum hakam Allah. Apa yang jelas haram kita tinggalkan. Apa yang diperintahNya kita laksanakan tanpa soal.. Mudah-mudahan amalan kita diterima atas dasar keikhlasan kepada Allah dan berpandukan aturan Syariat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan