Ahad, Mei 1

KULIAH FEKAH SIRI 34

Orang yang tidak peduli dengan urusan-urusan agama, seolah-olah agama tidak penting dalam hidupnya. Tidak mahu berfikir tentang kehidupan Akhirat. Dan tidak bersiap sedia untuk menyambut kematian.

Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum sahabat2 CBN. Saya mendoakan agar anda semua mendapat cahaya petunjuk ke jalan yang lurus sehingga ke akhir hayat.

Isu hari ini ialah ambil peduli. Sejauh mana kita peduli tentang hal2 solat kita. Tiang seri dalam agama kita. Cuba tanya, cukupkah solat wajib? Jika cukup, solat yang bagaimana kita persembahkan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Mulia? Adakah solat yang ala kadar bagai melepas batuk di tangga atau solat yang digenangi air mata dan terbit rasa khusyuk, tawaduk dan juga gerun di hati?

Jika belum, berusahalah ke arah itu. Fikirkanlah perumpamaan berikut: Adakah layak seorang hamba yang berpakaian buruk lagi busuk mahu menghadap dengan Raja yang agung? Kita di dunia ini pun tahu nak jaga protokol bila berhadapan dengan Sultan atau Agong di istana2. Mengapa tidak kita jaga protokol dengan ALLAH, Raja segala Raja. Tuhan seluruh Alam Semesta. Marilah kita fokus kembali peduli kita kepada solat.

Begitu juga dengan ibadah2 yang lain. Puasa kita, zakat kita- sudah tunai ke belum, haji kita- jangan asyik nak bertangguh jika dah mampu, muamalah kita sesama insan dan sebagainya. Semua itu kena jaga syarat2nya. Oleh itu, kita perlu menuntut ilmu agama. Supaya dapat menjadi panduan demi melayari bahtera kehidupan.


Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...