Orang-orang Islam hari ini lebih menyibukkan diri dengan keseronokan dan kemewahan dunia saja. Untuk hari Akhirat diabaikan.
[Al-Ilmi]
Bismillahirrahmaanrrahiim.Seluruh kepujian untuk Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mulia. Yang telah mengutus Rasulullah s.a.w. kepada kita untuk menyampaikan Wahyu-Nya. Yang terkandung di dalamnya aturan-aturan hidup yang sempurna yakni Islam. Selawat dan salawat buat Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang mengikuti Nabi s.a.w. dengan sangat tekun dan jujur.
Hari-hari kebanyakkan dari kita dipenuhi dengan pemuasan nafsu semata-mata. Tiada nilai ukhrawi di dalam kehidupan. Buktinya?
- Apabila gaji masuk, mesti mahu keluar berhibur. Jalan-jalan tengok wayang, live-band, karaoke, pergi ke pusat-pusat hiburan dan yang sewaktu dengannya. Tak ingat ganjaran pahala yang besar menanti bagi mereka yang menginfakkan hartanya kepada orang-orang dalam kesusahan seperti mangsa banjir di Kedah dan Perlis.
- Apabila tiba waktu rehat, mesti mahu melepak di kedai makan atau membuka akaun facebook. Walhal masa yang terluang sebaik-baiknya diisi dengan zikrullah seperti solat sunat duha dan baca kitab suci Al-Quran.
- Apabila pulang ke rumah, mesti 'melekat' pada televisyen dan ASTRO. Lupa untuk menghadiri taman-taman syurga di Rumah Allah.
- Apabila ada yang meminta sedekah, mesti beri wang yang paling kecil nilainya dari poket. Sayang akan hartanya yang akan lupus tak lama lagi, dan tak sayang akan ganjaran pahala orang yang bersedekah yang melimpah-ruah di Akhirat kelak.
- Apabila tiba masa cuti, mesti nak berhibur atau jalan-jalan dengan kawan. Lupa untuk berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran. Juga lupa untuk mengajak orang lain kepada Allah.
Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang pagi-pagi, dengan tujuan utamanya adalah dunia, Allah akan mencerai-beraikan urusannya, memporak-porandakan pekerjaannya dan menjadikan kefakirannya ada di
depan matanya, serta tidak memberinya bagian dunia, kecuali yang telah ditetapkan kepadanya. Dan barangsiapa yang pagi-pagi bertujuan akhirat, Allah akan menghimpun keinginan-keinginannya, memelihara pekerjaannya,
menjadikan kekayaannya ada dalam kalbunya, dan dunia mendatanginya dalam keadaan patuh.”
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan