Ahad, Mei 1

KULIAH FEKAH SIRI 34

Orang yang tidak peduli dengan urusan-urusan agama, seolah-olah agama tidak penting dalam hidupnya. Tidak mahu berfikir tentang kehidupan Akhirat. Dan tidak bersiap sedia untuk menyambut kematian.

Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum sahabat2 CBN. Saya mendoakan agar anda semua mendapat cahaya petunjuk ke jalan yang lurus sehingga ke akhir hayat.

Isu hari ini ialah ambil peduli. Sejauh mana kita peduli tentang hal2 solat kita. Tiang seri dalam agama kita. Cuba tanya, cukupkah solat wajib? Jika cukup, solat yang bagaimana kita persembahkan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Mulia? Adakah solat yang ala kadar bagai melepas batuk di tangga atau solat yang digenangi air mata dan terbit rasa khusyuk, tawaduk dan juga gerun di hati?

Jika belum, berusahalah ke arah itu. Fikirkanlah perumpamaan berikut: Adakah layak seorang hamba yang berpakaian buruk lagi busuk mahu menghadap dengan Raja yang agung? Kita di dunia ini pun tahu nak jaga protokol bila berhadapan dengan Sultan atau Agong di istana2. Mengapa tidak kita jaga protokol dengan ALLAH, Raja segala Raja. Tuhan seluruh Alam Semesta. Marilah kita fokus kembali peduli kita kepada solat.

Begitu juga dengan ibadah2 yang lain. Puasa kita, zakat kita- sudah tunai ke belum, haji kita- jangan asyik nak bertangguh jika dah mampu, muamalah kita sesama insan dan sebagainya. Semua itu kena jaga syarat2nya. Oleh itu, kita perlu menuntut ilmu agama. Supaya dapat menjadi panduan demi melayari bahtera kehidupan.


Wallahu A'lam.

TAZKIRAH PETANG

ALLAH telah memberi kejayaan pada anda dibidang ilmu-ilmu Akademi dan dianugerahkan dengan pentauliahan. Sekarang anda dianugerahkan pula pangkat dan sedikit kuasa dengan bayaran yang agak lumayan. Apakah anda bersyukur kepada ALLAH dengan melakukan ketaatan padaNya atau anda gunakan pada pangkat, kuasa, gaji, kesihatan yang dianugerahkan ALLAH dengan melakukan kezaliman dan kemaksiatan kepada ALLAH? Ingatlah, ALLAH boleh tarik balik pangkat dan kemewahan pada anda bila-bila masa bila ALLAH kehendaki.

Tazkirah berikut disampaikan pada waktu petang untuk mendidik jiwa agar jangan lalai dan sombong dengan nikmat dan rezeki yang ada.

Gambar hiasan

Wallahu A'lam.

Jumaat, April 29

KULIAH TAUHID SIRI 67

Kitab Dinul Islam.
Jika ilmu-ilmu untuk kepentingan dunia kamu sanggup berkorban masa, wang ringgit dan tenaga sehingga bertahun-tahun. Mengapa ilmu-ilmu Akidah, Syariat, Akhlak dan Sirah Nabi s.a.w. tidak sanggup berkorban sebagai menyambung warisan Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya?


Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat saudara2ku di CBN. Semoga anda semua berada dalam Rahmat ALLAH selalu. Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini berikutan kesibukan di tempat kerja.

Kesibukan dan kelapangan itu hakikatnya berpunca daripada ALLAH Taala. DIA-lah yang Maha Melapangkan/Meluaskan dan juga yang Maha Menyempitkan. Oleh itu, kita sebagai hamba-NYA mestilah menerima segala ketentuan dan kehendak-NYA tanpa rungutan dan keluhan. Bersabarlah. Kerana sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang bersabar (Al-Baqarah:153)...


Berbalik kepada topik kali ini, mengapa manusia nampaknya memberatkan ilmu dunia berbanding ilmu akhirat? Walhal kedua-duanya penting bahkan Akhirat itu lebih2 lagi kerana kita nak hidup panjang dan selama2nya di sana.

Rabu, April 6

KELAS FARDHU AIN SIRI 21

Syarah Kitab Iblis dan Peranannya.
Antara ilmu yang wajib dituntut ialah Strategi Syaitan memperdayakan umat Islam. Sampai bila kita hendak mengabaikan ilmu2 tersebut, dan sampai bila kita hendak biarkan hidup kita sentiasa diperdayakan oleh Syaitan yang telah dilaknat ALLAH?

Wallahu A'lam.

MAJLIS ILMU SIRI 6

Syarah Kitab Motivasi Ilmu.
Apabila Syariat Islam atau hukum Syarak ditukarkan kepada Hawa Nafsu, segala dosa dan maksiat bertukar menjadi indah. Haram menjadi halal dan amalan jahat menjadi baik. Amalan Neraka dikatakan Syurga.

Jagalah amalmu agar tidak menjadi sia-sia. 
Jangan tertipu dengan bisikan hawa nafsu yang selalu menggoda.
Kelak kau menyesal selamanya...


Wallahu A'lam.

Sabtu, April 2

KULIAH TASAUF SIRI 56

Huraian dari Kitab Al-Hikam.
Untuk menjadi orang yang soleh dan insan yang bertaqwa. Jangan jadikan hawa nafsu sebagai Tuhan. Jangan jadikan Syaitan sebagai kawan dan jangan jadikan Yahudi dan Nasrani sebagai idola dalam amalan kehidupan.

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian. Cita2 yang paling unggul ialah menjadi insan yang bertakwa atau 'Muttaqin'. Insan yang telah melepasi beberapa tahap nafsu bagi mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta, Allah Subhanahu wa Taala. 

Setiap insan diberi peluang oleh-Nya untuk menjadi dekat dengan Allah. Cuma terletak kepada manusia di atas jalan mana yang ia pilih. Sama ada jalan kefasikan (derhaka dan maksiat) atau jalan ketakwaan (iman dan amal soleh). Ketahuilah sahabat2ku, di hujung jalan kefasikan itu akan menuju ke An-Narr yakni Api Neraka, suatu tempat dimana manusia2 yang derhaka sentiasa diseksa dengan api yang membakar!

Hanya yang beriman dan beramal soleh akan ditempatkan semasa Akhirat kelak ke dalam Al-Jannah, taman2 syurga yang sentiasa indah lagi nyaman. Mengasyikkan dan penuh kenikmatan yang tiada bandingannya. Sehebat manapun pena ini hendak menggambarkan, sehebat lagi realitinya!

Oleh itu, apa yang ditunggu lagi? Marilah merebut title 'Muttaqin'. Orang yang takut kepada Allah adalah orang dekat dengan Tuhannya. Dia mencintai segala sesuatu yang dicintai oleh Tuhannya. Dan membenci segala sesuatu yang dibenci oleh Tuhannya. Ini bukanlah perkara yang mudah tapi tidaklah mustahil. Bermujahadahlah di atas jalan Tuhanmu. InsyaAllah, you'll find your way...

Gambar diambil daripada http://ibnufathani.blogspot.com

Wallahu A'lam.

Jumaat, April 1

KULIAH FEKAH SIRI 33

Kitab Fekah Semasa.
Melakukan satu maksiat akan mendorong ke arah maksiat kedua dan maksiat yang seterusnya. Sedar atau tidak sedar, maksiat bertambah banyak dilakukan. Akhirnya menjadi satu desakan baginya melakukan maksiat, di mana jiwanya akan terseksa bila tidak melakukan maksiat.

Umpama beruk di sebelah ini. Nampak sebiji cukup menyelerakan. Ditambahnya pula ditangan 6-7 biji. Tak cukup lagi mahu ditambah sampai di kakinya pun memegang buah... 

Inilah yang berlaku apabila nafsu sarakah menguasai jiwa, akal dan tubuh badan. Haiwan tiada akal maka ia tidak dapat membezakan baik dan buruk. Sedangkan manusia yang dikurniakan dengan akal pun masih bersikap seperti beruk di sebelah. Bahkan lebih teruk lagi.

Begitulah kesan dosa. Sekali melakukan perbuatan maksiat, semakin menjadi ketagih. Dek kerana dosa-dosa, akal sudah hilang fungsinya. Akal gagal membedakan mana satu dosa mana satu pahala. 

Inilah penangan dosa... Apabila akal menerima arahan daripada hati yang telah mati... Hati yang sudah tertutup dengan tumpukkan dosa. Nafsu serakah pun menguasai jiwa. Lalu mengenepikan panggilan keimanan oleh para malaikat yang suci lagi hampir dengan ALLAH TAALA.

Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...