Khamis, April 22

KULIAH TASAUF

Untuk menjaga solat supaya khusyuk, pastikan mata memandang ke tempat sujud. Jangan biarkan mata liar melihat ke sana sini.
[Ihya Ulumuddin]

Ramai orang hari ini suka bicara bab halal haram suatu hukum (fekah) tapi bab amalan hati (tasauf) kurang diperbincangkan. Hal berikut tidak wajar berlaku kerana Islam memandang setiap bab2 dalam agama sebagai subjek yang penting. Malah lebih wajar lagi apabila seorang muslim dapat mengaitkan bab tauhid dan tasauf dalam ilmu fekah. Dengan ini penghayatan ilmu agama akan menjadi lebih kukuh lagi mantap. Cubalah.

Hal solat iaitu dalam bab fekah, mesti dibincangkan sekali tentang ilmu tasauf iaitu cara2 menjaga hati. Memandangkan solat itu tiang agama, maka perlaksanaannya mestilah dalam keadaan sempurna agar tiang itu kekal tegar dan berdiri kuat menampung agama kita.

Bagaimana nak laksanakan solat kita dengan sempurna? Antara jalan-jalan kesempurnaan itu adalah menimbulkan rasa khusyuk kepada Allah Taala(ihsan). Menurut pandangan Imam al-Ghazali dalam kitabnya di atas, pandangan mata mestilah dijaga dengan penuh hati2 agar tidak melilau/meliar ke sana sini. Tujuannya supaya mata ini tidak nampak maksiat atau gangguan-gangguan duniawi yang boleh merencat 'perjalanan rohani' kita menuju ILAHI.

Antara penyelesaian yang disepakati para ulama, pandanglah ke tempat dahi kita sujud sebagaimana disebutkan dalam dua hadis Nabi Junjungan kita Muhammad s.a.w. :

a) Rasulullah mengerjakan solat menundukkan kepalanya dan pandangan beliau kearah tanah(tempat sujud).
[Hadis Riwayat Al Hakim 2/393.Al Baihaqi 2/283.Al Hazimi dalam Al I’tibar]

b) Dari Ayub dari Muhammad Bin Sirin Dari Abu Hurairah RA 
“Bahawa apabila Rasulallah SAW mengerjakan solat beliau pada awalnya mengarah pandangan kelangit,maka turunlah firman Allah,”Mereka orang orang yg khusu’ dalam solat mereka.” Lantas Beliau menundukkan kepalanya”. Al Hakim berkata riwayat hadis ini shahih oleh Bohari dan Muslim.
[Sifat Solat Nabi:Syaikh Muhammad Nashiruddin:Jld 1:mS282]

Pandangan mata kita mestilah diusahakan tumpuannya ke arah tempat sujud sejak mula takbiratul ihram sampai habis beri salam. Ini bermakna pada mata kita lihat tempat sujud ketika sedang berdiri, rukuk (waktu ini kadang2 mata melihat kaki sendiri instead of tempat sujud), dan sedang duduk (mata ke arah jari telunjuk ketika baca shahadah). Mata remains melihat tempat sujud. Cubalah kawan2. Mudah2an bermanfaat dalam menambah khusyuknya solat kita insyaAllah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...