Sesuatu dosa yang kita tahu itu adalah dosa, tetapi kita lakukan juga maka tunggulah balasan yang akan diterima dari Allah.
[Al-Iman]
Islam membawa mesej yang sangat jelas buat kita. Buat yang wajib. Tinggal yang haram (perbuatan dosa). Oleh itu, sebagai seorang yang beriman, beliau mesti mengambil tahu apakah dia Suruhan2 Allah dan apakah pula Larangan2 Allah itu? Inilah yang dinamakan ilmu-ilmu agama.
Ilmu agama mestilah dicari dengan sungguh2 sejak usia muda jangan sampai nikmat mata dah jadi kabur, nikmat telinga dah mula tuli, nikmat akal turun RAMnya, baru rasa menyesal kerana tidak belajar ilmu agama dengan serius dahulu.
Sesuai dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w.,
Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."
Apabila sudah faham tentang agama, maka mudahlah bagi seorang mukmin itu melayari bahtera kehidupan dengan yakin bersuluhkan petunjuk Islam. Berbeza dengan seorang kafir (menolak agama Islam) atau musyrik yang tidak memiliki sebarang petunjuk dalam hidupnya. Dia teraba-raba dalam perjalanan hidupnya. Bahtera kehidupannya terumbang-ambing dek dipukul ombak dunia yang mengganas tanpa belas kasihan.
Orang kafir dan musyrik berbuat sesuatu perkara sekehendak hatinya. Tanpa guidance. Halal dan haram dipukul sama rata. Janji habuan dunia dapat dibolot semahu-mahunya. Sebaliknya, orang beriman memilih yang halal dan menjauhi yang haram.
Namun begitu, timbul persoalan, bagaimana bagi seseorang yang tahu tentang dosa tapi tetap membuatnya? Ketahuilah wahai saudaraku bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda mafhumnya(maksudnya):
"SYURGA DIPAGARI DENGAN PERKARA YANG DIBENCI DAN NERAKA DIPAGARI DENGAN NAFSU" Riwayat Muslim
Tidak menjadi kejanggalan apabila dia tahu perkara itu dosa tapi dia melanggari larangan Allah itu. Ini kerana sudah ditetapkan oleh Allah bahawa jalan-jalan ke Neraka (perbuatan dosa) itu memang dihiasi dengan perkara-perkara yang menyenangkan kita. Yang memuaskan hawa nafsu kita.
Sungguhpun demikian, AWAS! Jika kita terus bersikap tak ambil endah dengan amalan dosa kita dan tidak bertaubat, maka tunggulah bahawa di sana kelak(AKHIRAT), suatu azab yang tiada terperi sakitnya lagi berpanjangan menunggu kita iaitu API NERAKA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan