Isnin, April 19

SIFAT-SIFAT TAQWA

Menghayati ajaran2 Allah dan menjauhi diri pada perkara2 yang dimurkai oleh Allah s.w.t.
[At-Taqwa]
Dapat kita fahami bahawa sifat2 taqwa itu terbahagi kepada dua aspek:
  1. Penghayatan ajaran-ajaran Allah
  2. Menjauhi larangan-laranganNya
Untuk mencapai aspek pertama iaitu penghayatan ini, seorang yang beriman mesti meningkatkan kualiti imannya. Jika hanya beriman sebatas kata-kata di lidah tanpa mengakui iman itu dengan sebenar-benarnya di hati maka dia tidak dapat menghayati ajaran agama.


Erti mengakui iman di hati adalah seseorang itu yakin bahawa apa yang Allah ajarkan kepada manusia (yakni al-Quran) adalah yang paling benar dan paling sesuai bagi diri manusia itu sendiri. Contohnya bab mendirikan solat. Allah sudah tetapkan solat itu wajib didirikan 5 kali sehari kerana Dia maha tahu itulah yang terbaik buat kita dari segi fizikal kita, mental kita, spiritual, emosi, sosial, dan sebagainya. Bagi seorang yang beriman, dia mestilah menerima perintahNya itu dengan sepenuh hati.

Seterusnya, penghayatan terhadap perintah itu akan timbul dalam jiwanya. Al-hasil, dia akan melaksanakan solat dengan penuh komited tidak kira waktu tension atau masa lapang, solat dengan sungguh-sungguh dan penuh daya fokus. Inilah dinamakan penghayatan kepada ajaran Allah.

Aspek kedua iaitu menjauhi perkara-perkara yang dimurkai Allah adalah aspek yang sangat penting untuk dititikberatkan. Sebagaimana disebutkan dalam kisah berikut:

Suatu hari, Saidina Umar Al-Khattab pernah bertanya kepada Ka’ab bin Malik:
“Wahai Ka’ab, apakah makna taqwa?”
“Apakah kau pernah melalu satu jalan penuh dengan duri wahai Umar?”
“Ya,”
“Maka apakah yang kau lakukan?”
“Aku sinsing kain jubahku, dan berjalan dengan berhati-hati, agar jubahku tidak tercarik dek duri, dan kakiku tidak perpijak dengannya”
“Itulah taqwa”.

Hidup kita ini penuh dengan 'duri-duri' yang tidak kita sedari. Ketika dalam pergaulan, duri2 tersebut datang dalam bentuk pandangan haram yang tak disengajakan seperti rambut wanita yang bukan mahram, mereka yang berpakaian seksi; dalam bentuk terlanjur kata2 seperti fitnah, mengumpat (yang ini selalu berlaku), mencerca ciptaan Ilahi, mengeluh; dalam bentuk perbuatan seperti menzalimi orang lain. 

Duri-duri inilah yang akan mencarik diri kita, hati rohani kita dan seterusnya 'menyangkut' badan kita daripada dapat meneruskan perjalanan ke Syurga Allah. Tiada jalan lain bagi orang yang berdosa (tak bertaubat) melainkan seksa Api Allah Taala... Diseksa saban waktu tanpa rehat sekejap pun. Tanpa belas kasihan. Duri-duri inilah perkara-perkara yang dimurkai Allah. Maka saudaraku, wajiblah bagi kita menjauhinya...

Mudah2an dengan 2 aspek daripada sifat taqwa ini menjamin keselamatan hidup kita di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...