Lihat barisan kawat dalam tentera, lurus dan sama langkah kaki dan lenggang tangan. Begitu berhati-hati takut tak sama. Bersatu hati dalam menjaga barisan. Disebalik tiap2 satu itu ada kiasan atau yang tersirat untuk perjuangan Islam.Apabila melihat perbarisan tentera, tentu kita merasa kagum melihat betapa segak, bergaya, kemas dan tersusunnya mereka berkawat. Anggota tentera telah dilatih oleh para jurulatih kawat (Regimental Sergeant Major @ RSM) dengan penuh disiplin yang ketat dan juga penuh dengan tekanan yang memeritkan. Tujuannya tidak lain tidak bukan ingin menghasilkan rupacara kawat yang terbaik; baik dari segi personal drill mahupun penyatuan pergerakan (atau bahasa mudah: secara individu atau kolektif).
Kita akan melihat tentera berkawat dengan membilang masa berteriak "kiri,kanan,kiri!" dengan bersemangat tanpa hadir perasaan jemu. Agar barisan tentera sentiasa seragam dan tidak kucar-kacir mengikut kepala anak-anak buah masing2. Objektif kawat untuk melahirkan warga tentera yang berdisiplin pun tercapai.
Alhasil aktiviti berkawat, warga tentera dapat memupuk sifat yakin dalam diri untuk maju menentang musuh, memupuk ketaatan kepada ketua platun atau ketumbukan yang memberi arahan dihadapan, dan pelbagai manfaat-manfaat lain yang bersangkutan dengan misi untuk berPERANG!
Namun demikian, jika kita periksa diri kita selaku umat Islam secara umum, adakah kita bersatu hati menjaga barisan jemaah Islam sebagaimana tentera menjaga barisan mereka? Hal ini perlu kita cermati sebaik mungkin.
Adakah KAKI-KAKI kita melangkah seiring dan seirama dalam menyebarkan AGAMA ALLAH?
atau buat kerja dakwah ala kadar, SORANG-SORANG (satu pasang kaki saja), tiada sistem dan tiada organisasi(jemaah) terancang lagi terurus dalam menegakkan kalimah Syahadah dimuka bumi ini?
Adakah TANGAN-TANGAN ini melenggang sama paras, lurus dan sama pula laju hayunan atau 'beat'nya mengikut alunan drum major dalam MENGAJAK yang MAKRUF(apa2 jenis kebaikan) dan MENCEGAH KEMUNGKARAN?
atau kawan kita saja yang rajin mencegah dosa atau mengajak perbuatan berpahala tapi diri kita tengok sahaja? dimana keseragaman itu di umat ISLAM???
Baris dalam kawat boleh lurus. Kenapa? Sebab ada RSM akan menjerit memarahi kita. Kawan2 sebelah pun begitu concern menegur kita.
Namun, baris dalam saf solat belum lagi lurus! Kenapa? Sebab tak ada RSM (atau dalam konteks ini bilal ke imam ke atau mana2 syeikh berwajib yang bertanggungjawab menjaga saf supaya benar2 lurus) teguri kita. Kawan2 sebelah menyebelah buat 'dunno' sahaja asalkan orang sebelah tak kacau dia solat. Selfish menguasai diri.
Arakian kawan2, ayuhlah kita mantapkan saf solat kita. Luruskan ia semula sebagaimana perintah junjungan besar kita Rasulullah s.a.w melalui hadis berikut.:
Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)
Tidak dilupakan tanggungjawab diri kita sebagai seorang muslim iaitu melibatkan diri di dalam JEMAAH ISLAM. Kita harus ingat kaum kafirin dan yahudi tidak pernah berpuas hati dengan umat Islam dan sentiasa mencari jalan menghancurkan umat Nabi Muhammad s.a.w. tidak kira dengan jalan perang mahupun secara halus.
Maka, dengan melibatkan diri ke dalam jemaah islam (saya biarkan istilah jemaah ini disebut secara umum kerana pilihan untuk sertai jemaah mana itu terletak di tangan saudara sendiri), kita akan menjadi lebih kuat, lebih tersusun pergerakan kita, sebagaimana mantapnya barisan tentera itu dalam berkawat atau hendak menghadapi musuh dalam peperangan. Kaki-kaki dapat melangkah bersama-sama. Tangan-tangan dapat melenggang ikut rentak dan kadar yang sama.
Mudah2an, dengan mengambil ibrah kawat tentera, kita dapat memperbaiki umat Islam umumnya dan jemaah Islam khususnya disamping memastikan... perjuangan Islam terus dan tetap mekar di muka bumi Allah ini (insyaAllah)! Allahu Akbar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan