Isnin, Jun 21

KULIAH TASAUF SIRI 8

Orang yang merasa seronok melakukan dosa sama ada dosa kecil atau besar, itulah yang akan menjadikan ia sengsara.

[Ihya Ulumuddin]

Seronok membuat maksiat? Tiada yang mengejutkan pada pernyataan ini apabila kita menerobos aktiviti-aktiviti masyarakat kita bahkan umat manusia hari ini. Alangkah sia-sianya hidup bagi mereka yang melakukan dosa kerana seronok yang seketika. Dan menerima AKIBAT daripada dosa mereka yang kekal selamanya di Akhirat.


Sangat menyedihkan. Dipukul oleh Malaikat-Malaikat di neraka bahkan sejak di liang lahad lagi! Dijilat api neraka kerana busuknya dosa yang dilakukannya tika hidup di dunia. Apakah ini bukan sengsara namanya? 

Jadi janganlah berkiblatkan hidup para musyrikin di British, Amerika, Israel dan sekutunya yang langsung tidak mengimani Tuhan. Kerana mereka itulah ZIONIS laknatullah. Marilah kita berkiblatkan petunjuk Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Perbuatan Dosa tiada untungnya. Sengsara ada lah.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...