Rabu, Jun 2

KULIAH TAUHID SIRI 5

Tanda orang yang Allah Taala reda dengan pangkat dan kuasa yang dikurniakan kepadanya, sibuknya tidak menjejaskan amal-amal ibadah dan kelas-kelas Fardhu Ain atau kuliah agamanya.

[Ihya Ulumuddin]

Reda berkait dengan rasa kasih sayang. Oleh itu, reda Allah terhadap hamba-Nya menunjukkan bahawa Dia mengasihi dan menyayangi hamba-Nya itu tak kira apa pilihan tindakan yang dia buat.


Sebagai contoh, seorang ibu apabila reda kepada anaknya (kerana solehnya anak itu), dia tidak kisah jam berapakah anak dia mahu tidur atau dengan siapakah dia mahu keluar, kerana ibunya tahu anaknya seorang yang baik dan pandai menjaga diri daripada berbuat maksiat kepada Allah.

Begitu juga dengan Allah Subhanahu Wa Taala, Dia meredai setiap tindak-tanduk, setiap nafas orang-orang yang benar-benar teguh keimanannya kepada Allah, juga yang benar-benar bertaqwa. Ambillah contoh ahli Badar dimana Allah telah meredai mereka sungguhpun pada pandangan manusia nampak kekurangan mereka.

Di dalam hadith perihal Hatib Ibn Abi Bal’ta’ah ra Rasulullah s.a.w. bersabda : “Bukankah dia ini dari Ahli Badar ? Semoga Allah seolah telah mengatakan kepada ahli badar lakukanlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah diwajibkan kepada kamu syurga “atau riwayat lain” diampunkan dosa kamu” (hadith sahih riwayat Bukhari lihat Fathul Bari no. 3983).

Oleh itu jelas bagi kita untuk mengetahui sama ada Allah meredai diri kita atau tidak, lihatlah pada amal-amal ibadah kita, adakah cukup dari segi kuantitinya (solat lima kali sehari bukan sekali seminggu) dan kualitinya (tahap tersentuh tak hati kita dengar ayat-ayat al-Quran, ketika solat dsb)?

Sejauh mana pula usaha kita mencari ilmu-ilmu untuk Negeri Akhirat? (seperti ilmu mengenal Allah, mengenal Syurga dan Neraka, ilmu fekah, bab bersuci, bab mandi junub, bab solat jenazah dan banyak lagi)

Orang yang Allah reda, dia takkan tinggalkan perkara-perkara berikut (tuntut ilmu dan beramal soleh) kerana dia juga meredai Allah sebagai Tuhannya.
Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...