Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya, sungguh telah sempurnalah iman iaitu:
1.Orang yang kasih kepada seseorang yang lain tetapi kasihnya tidak melampaui batas kebatilan.Disampaikan menerusi sms sahabatku, Rifdi.
2.Apabila ia marah, marahnya tidak keluar daripada batas kebenaran.
3.Apabila ia berkuasa, tidaklah dia melampaui batas.
Jika sayang kepada seseorang, jangan sampai benda yang salah pun jadi betul. Contohnya, kerana sayangkan suami, sanggup menggunakan khidmat bomoh. Jika marah pada seseorang, jangan sampai menjadi zalim. Sanggup menyimbah asid dan sebagainya. Jika ada kuasa, jangan gunakannya untuk kepentingan diri tapi gunalah ia untuk kepentingan Islam. Ajak kembali kepada ajaran Islam dan mencegah kemungkaran.
Selamat berakhlak dengan akhlak Islam!
Wallahu A'lam.
Assalamualaikum,
BalasPadamTerima kasih atas peringatan.
Waalaikumusalam. Semoga bermanfaat buat kita semua insyaAllah.
BalasPadam