Ahad, Mei 29

KULIAH TAUHID SIRI 70

Kitab Al-Ilmu. 
Di dunia ini ada satu Syurga. Sesiapa yang tidak memasukinya maka ia tidak akan dapat memasuki Syurga di Akhirat. Iaitu Syurga keimanan kepada ALLAH.
Barangsiapa yang memahami erti kuliah ini, maka baginya keberuntungan yang besar. Faham dan seterusnya menghayati tuntutannya iaitu berjuang menegakkan kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH. 
Membenci dan Menolak segala yang Taghut (Syaitan dan bala tentera kesesatannya) dan beriman dengan segala ajaran Nabi SAW. Semoga beroleh Syurga Akhirat dengan Iman dan Amal Soleh yang dibawa oleh insan-insan yang dicintai Allah.

“Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam Syurga itu ialah “salaam”"(QS: Ibrahim: 23)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka karena keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam Syurga yang penuh kenikmatan.”(QS: Yunus: 9)

"Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahwa untuk mereka (disediakan) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata, “Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu.” Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka (memperoleh) pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya." (QS: Al-Baqarah:25)


Subhanallah. Begitu banyak ayat2Nya yang menjanjikan Syurga bagi yang beriman dan beramal soleh. Semoga hati2 kita ikhlas ke arah menuju Syurga-Nya yang abadi. Amin.


Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...