Ahad, November 14

KULIAH HADIS SIRI 3

Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah.
[H.R. Imam Tirmizi]

Bismillahirahmanirahim..

Segala pujian hanya untuk Allah, Tuhanku dan kamu. Selawat serta salam ke atas Baginda Muhammad Bin Abdullah s.a.w. Pesuruh Allah yang agung dan hamba Allah yang menjadi buah hati Tuhannya.

Mesej Baginda ringkas saja tetapi padat. Barangsiapa yang tidak menghargai kebaikan orang lain, ertinya dia tidak menghargai kebaikan Tuhannya. Mengapa?


Kebaikan makhluk dengan Tuhan saling berkait. Jika Allah berkehendakkan kebaikan untuk diri kita, misalnya ingin kita menjadi insan yang bertakwa, Allah menghantar manusia pilihannya yang soleh untuk mentarbiah kita. Oleh itu, amat wajar bagi kita untuk berterima kasih kepada manusia tersebut. Sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah yang sebenarnya mentarbiah kita.

Dalam situasi yang lain pula, kebaikan Allah terus mengalir melalui tangan-tangan hambaNya. Perasan tak, ketika kita kesunyian, tiba-tiba datang seorang sahabat untuk mengisi kekosongan jiwa kita. Sedarlah bahawa  Allah telah berbuat baik kepada kita dengan mendatangkan seorang peneman dikala sunyi. Berterima kasihlah kepada peneman yang setia itu sebagai tanda kesyukuran kita kepada Yang Maha Mengasihani.

Atau kita dilanda kesusahan seperti kekurangan duit, Allah meringankan kesusahan kita dengan mengirimkan seorang dermawan untuk menghulurkan bantuan kepada kita. Subhanallah wabihamdihi... Berilah ucapan terima kasih kepadanya. Kerana sesungguhnya jasa baik manusia itu adalah belas kasihan Allah kepada kita.

Tak luak pun air liur kita untuk berterima kasih sesama manusia. Tapi adalah luak bagi diri kita (mendapat reda-Nya) jika kita tidak bersyukur.

Wallahu A'lam.

3 ulasan:

  1. Salam Ibnu Samaon,

    Kakak singgah sebentar membaca tazkirah. Sentiasa bersyukur atas nikmat tak terhingga yang diberikan oleh insan sekeliling dan Allah pada kakak yang dhaif ini.

    Selamat Hari Raya Aidil-Adha.

    BalasPadam
  2. Salam Ibnu Samaon.

    N3 yang memberi peringatan kepada kita semua. Ucapan terima kasih kepada manusia didahulukan dengan ucapan puji dan syukur kepada Allah SWT kerana atas limpah kurnianya kebaikan daripada manusia lain kita terima.

    BalasPadam
  3. Waalaikumusalam. Salam Aidil Adha. Terima kasih atas ingatan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...