Dari Anas bin Malik, Nabi s.a.w. tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pernah memakan roti yang sudah dihaluskan hingga Baginda wafat. [Riwayat Bukhari,Tarmizi,Ibnu Majah dan Ahmad]Ertinya Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat mulia ini tidak pernah makan sepertimana orang barat makan iaitu di atas meja. Nabi s.a.w. juga memakan roti yang masih lagi kasar bukan seperti roti yang kita makan pada hari ini. Membuktikan bahawa pemakanan Nabi s.a.w. sangat sederhana yakni sekadar mengenyangkan perut dan tidak berlebih-lebihan.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan