Rabu, November 10

KULIAH HADIS

Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang kebaikannya menjadikannya senang dan keburukannya menjadikannya sedih, maka dia adalah orang mukmin.
[H.R. Al-Hakim]

Bismilllahirahmanirahim.

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang sentiasa menyayangi hamba-hambaNya lagi melimpah-ruah rahmat/belas kasihan-Nya. Allah telah menciptakan kita dari tiada kepada ada. Tidak cukup dengan itu, Dia membekalkan kita dengan sumber-sumber untuk terus hidup seperti bekalan udara, air, makanan, pakaian dan sebagainya.



Hidup saja tanpa tujuan tiada ertinya. Seperti binatang ternak saja lagaknya. Bangun pagi, meragut rumput(makan), buang ayor, berkubang(mandi), tidur. Tapi tujuan Allah ciptakan manusia lebih dari itu. Allah ciptakan kita dengan tujuan yang luhur, iaitu mengabdikan diri kepada Tuhan yang Maha Agung. Allah berfirman dalam surah az-Zariyat ayat :

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 

Syukur kepada Allah. Kerana Dialah yang menciptakan kita, lalu memberikan kita erti kehidupan dengan mengutus Nabi Muhammad s.a.w. kepada sekalian umat manusia. Nabi s.a.w. diutus untuk mengajar kita tentang agama yang paling mulia, agama Islam. Sebagai penunjuk jalan demi mencapai tujuan hidup. Menjadi hamba Allah yang sebenarnya.

Setiap tutur kata Nabi s.a.w. bukanlah sia-sia. Ini kerana sumbernya adalah dari Tuhan yang Maha Mulia. Maka sahabatku, sambutlah setiap kata-kata Nabi s.a.w. itu dengan sungguh-sungguh, teliti dan penuh perhatian! Kerana Tuhanmu  telah mengajari agama melalui lidah kekasih-Nya, Habibullah Muhammad ibnu Abdullah s.a.w.

Betapa mendalamnya makna kata-kata atau hadis Nabi s.a.w.. Tanpa huraian, cukup untuk menyampaikan maksud yang tersirat. Maafkan saya kerana telah terlari jauh dari tajuk. Mari kita tumpukan kembali kata-kata Nabi s.a.w. tadi:

Barangsiapa yang kebaikannya menjadikannya senang dan keburukannya menjadikannya sedih, maka dia adalah orang mukmin. 
Hati menjadi indikasi sama ada dia mukmin, kafir atau munafik. Segala titik persoalan bermula di sini. Nabi s.a.w. mengajar kita ciri-ciri orang yang beriman. Sesungguhnya, hati akan berasa senang dan gembira setelah melakukan sesuatu amal kebaikan seperti menyampaikan dakwah Allah Taala, berbuat baik kepada ibu bapa, meringankan beban sahabat kita, menderma kepada fakir miskin, dan berbuat baik kepada anak-anak yatim.

Selanjutnya Nabi s.a.w. menambah, hati akan berasa sedih dan terkilan setelah melakukan keburukan seperti melewat-lewatkan solat, memandang perkara-perkara yang keji, memakan dengan lahapnya, mengumpat saudara kita, mencuri, berdua-duaan dengan bukan mahram dan sebagainya.

Jika indikasi-indikasi begini tak terdapat dalam diri kita, dimanakah sebenarnya iman kita kepada Allah? Selawat (himpunan doa-doa yang sarat kebaikan) serta salam semoga sentiasa tercurah kepada Junjungan Rasulullah s.a.w. yang telah mengajar kita pelajaran yang sangat-sangat berharga.

Wallahu A'lam.

3 ulasan:

  1. Salam Ibnu Samaon,

    Terlalu ramai insan yg lalai dan tanpa sedar telah melanggar segala larangan Allah. Dlm dunia yg rigid ini ada yg salah tidak nampak sarat dgn dosa seperti mengumpat, berdua-duan dgn bukan mahram dsb. Dimana kemampuan kita utk melarang?

    Sebenarnya kita juga bertanggung-jawab akan semua ini. Cuba dan wajib melarang kepada mereka yg di bawah tanggungan kita. Siapa itu? Semua manusia di jadikan Allah punya tanggungan yg mereka mesti tahu siapa?

    Insya-Allah semoga kita tidak lalai dan tahu kenapa kita dilahirkan di dunia ini. (sorry terpanjang pulak. He...he...he...)

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam Ibnu Samaon

    Allah memandang pada hati sebab itu penekanan perlu dibuat terhadap hati supaya hati selalu dijaga. Allah hanya bertemu dengan orang-orang yang mempunyai hati yang sejahtera.

    BalasPadam
  3. Waalaikumusalam Kakzakie dan Kak Werdah.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...