Kitab Tasauf.
Benarkah kita ikhlas menerima Islam sebagai Agama? Benarkah kita mengaku Allah itu Akbar? Dan benarkah kita menerima Nabi s.a.w. sebagai Insan contoh yang terbaik untuk dijadikan ikutan dalam kehidupan seharian kita?
Periksa balik tentang DIRI kita. Adakah kita benar-benar Islam? Atau sekadar nama orang Islam: Muhammad, Abu, Amir, dan sebagainya. Atau kita ini Islam kerana keluarga kita orang Islam?
Ingatlah, Iman itu tidak diwarisi. Ia dicari. Berbekalkan keikhlasan yang tulen dan suci. Bukan atas dasar ikut-ikutan. Hanya Iman yang menjamin kejayaan. Jika ada ilmu, harta dan kuasa tapi tiada iman, kejayaan hanya diperoleh di muka bumi sahaja.
Bila kematian menjemput, bermulalah kegagalan demi kegagalan di alam kubur dan alam akhirat kerana hidup tanpa iman semasa hidup dahulu. Hidup selepas mati dipenuhi pembantaian oleh Malaikat-malaikat Allah yang bersifat keras dan menggerunkan.
Oleh itu iman adalah penentu segala-galanya. Takutlah kepada Allah kerana Allah itu Akbar. Dialah Yang Maha Besar lagi Maha Agung. Tuhan Seluruh Alam. Subhanallah. Seterusnya, ikutilah Utusan Allah iaitu Muhammad SAW yang memiliki darjat agung disisi Tuhannya. Ikutlah segala ajarannya dan jangan di'kondem-kondem'. Kelak kamu dikondem/dilaknat dengan Tuhanmu yang Maha Agung. Insaflah kita semua sebelum maut menjelang.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan