Isnin, Februari 14

KULIAH TASAUF SIRI 55

Kitab Muhasabah Diri. 
Mengingati Allah itu simbol kewalian dan merupakan pelita hidup. Kelebihan dan keutamaan dalam beribadah.

Bismillahi Rahmanir Rahim.

Salam Maulidur Rasul saya ucapkan buat para pengunjung Cebisan Nur Hikmah. Semoga dengan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, menghayati perjalanan hidupnya, mengambil pengajaran2 daripada perjuangan dakwahnya, dan mengikuti segala Sunnah mulianya, semoga kita tergolong dalam umat akhir zaman yang dirindui Baginda SAW. Mari perbanyakkan salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya.

Secebis hikmah berikutan kuliah tasauf di atas, mari perbanyakkan mengingati Allah. Kerana dengan mengingati Allah, hati akan tenang sebagaimana yang telah difirman di dalam Al-Quran. Bukanlah dengan langkah berhibur itu mampu menenangkan hati daripada kesulitan tugas atau kegundahan masalah.

Akan tetapi, ingatilah Allah. Ikuti ajaran kekasih Allah iaitu perbanyakkan sujud kepada Tuhan Sekalian Alam. InsyaAllah terubat beban di hati. Tidak lupa juga basahkan lidah dengan Kalam Allah. Kerana Cahaya Hikmah sentiasa berlegar dan menaungi sesiapa yang membacanya. Perbanyakkan bersedekah dan ringankan beban saudaramu yang lain walaupun kamu dalam hajat akan bantuan orang lain.

Pokoknya adalah mengingati Allah. Asal ibadah seperti solat dan bersedekah adalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Tanpa mengingat Allah dalam jiwa, ibadah sebesar dan sehebat mana pun, tak membawa bekas kepada hati. Dan membawa kebaikan kepada jiwa.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...