Jumaat, Januari 14

KULIAH TASAUF SIRI 48

Kitab Ad-Darun Nafis.
Ilmu tanpa amal itu dosa yang besar. Amalan tanpa ilmu itu sesat yang teramat besar. Dan melaksanakan amalan bersama dengan ilmu itu bercahaya di atas cahaya.

Ilmu tanpa amal umpama seseorang yang menyembunyikan ilmunya kerana ada rasa bimbang kepentingan diri terjejas. Contohnya, dia tahu merokok itu salah tapi dia melanggar juga ketentuan agama kerana tidak mahu terpinggir daripada kelompok temannya. Atau tahu solat itu wajib tapi tak buat kerana takut dikatakan orang alim dan dicemuh rakan sebaya.

Amal tanpa ilmu umpama seorang yang jahil tapi berlagak pandai. Main hentam saja dibuatnya. Janji 'lepas' atau cukup syarat. Contoh solat atas dasar ikut-ikutan dan tak mahu digelar masyarakat malas sembahyang. Namun solatnya kosong hanya kumat-kamit dibibir dan yang teruknya tiada peningkatan kualiti solatnya. Enggan bertanya dan suka beramal sedemikian (tanpa ilmu). Oleh itu dia hanya dapat penat saja berdasarkan kefahaman suatu hadis Nabi SAW. Maknanya lebih kurang "berapa ramai orang yang solat malam melainkan dapat penat saja".

Amalan bersama ilmu itulah yang terbaik dan dituntut agama.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...