Untuk mendapat khusyuk dalam solat sekurang2nya 20 minit sudah berada di tempat solat. Kosongkan hati dari masalah2 dunia.
[Al-Ibadah]
Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat menulis lagi untuk malam terakhir Ramadhan ini. Kali ini berkenaan solat yang khusyuk. Tentu saudara sekalian sangat menginginkan hal ini. Masakan tidak, melalui solat, roh kita berhubung terus dengan Allah tanpa perantaraan. Seolah-olah kita benar-benar berdialog dengan Tuhan semesta alam. Dan pastinya kita tidak mahu ada gangguan dalam dialog antara diri dengan Tuhan kita atau dalam bahasa mudah, ingin khusyuk semasa solat.Menghadap Pencipta kita dalam kerendahan jiwa dan raga sebagai makhluk ciptaan-Nya yang sangat kerdil, bukanlah semudah seperti yang diucapkan. Solat yang berkualiti sebegini memerlukan konsentrasi melebihi apa-apa penugasan duniawi yang kita pernah lalui. Bayangkan kita ditugaskan untuk mewawancara Perdana Menteri, tentu tak keruan kita untuk mengatur tutur kata atau skrip yang bersesuaian dengan peringkat seorang pemimpin nombor satu negara. Bagaimana pula tutur kata atau adab kita dengan Tuhan Pemilik seluruh alam ini? Adakah dengan sekadarnya sahaja?



