Isnin, Mei 3

KULIAH TASAUF SIRI 2

Dimana maruah seorang Islam? Bila lebih mengutamakan budaya2 barat di dalam kehidupan harian. Budaya2 Islam diabaikan.
[Gelora Nafsu]

Kali ini, kuliah tasauf membincangkan tentang kebejatan, kejelikan, kebobrokan, dan kehancuran akhlak dan gaya hidup umat Islam pada hari ini. Tidak perlu melihat jauh ke negara2 Islam di timur tengah sana, cukup melihat di negara kita, negeri kita, bandar kita, taman kita, kampung kita. Bagaimana rupanya corak kehidupan harian ORANG ISLAM di kalangan pemuda-pemudi kita?


Sedih bila mengenangkan statistik nombor satu dadah jatuh ke tangan orang Islam.

Sedih bila melihat statistik nombor wahid buang anak hasil perzinaan jatuh ke tangan orang Islam.

Mat2 rempit, mat2 ganja, kaki2 perempuan, kaki2 arak(minum beer dengan selambanya depan public), kaki2 judi (nampaknya sport toto macam sembahan mereka!), kaki2 pukul, kebanyakannya adalah orang Melayu yang beragama ISLAM!

Sedih.. memang menyedihkan. Di mana maruah kita sebagai orang Islam? Apa lagi yang kita boleh buktikan kepada non-muslim tentang keagungan agama Islam? Apa yang boleh kita highlightkan tentang kehebatan agama kita kepada mereka?

Ingatlah.. Bukan Islam itu yang salah. Namun umatnya yang bersalah. Kesalahan umat Islam khususnya golongan muda pada hari ini telah mecarik-carik maruah agama Islam yang suci lagi agung! Bagaikan menodai maruah mahram sendiri bahkan lebih teruk dari itu! Ini kerana maruah yang sedang dihinakan ini adalah maruah agama Islam. Agama yang telah diturunkan oleh Allah, Tuhan Pemilik Seluruh Alam kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w.

Dimanakah silapnya? Umat Islam sewajarnya menghisab diri sendiri ketimbang menuding kesalahan kepada orang lain. Kesalahan umat Islam sekarang ini bersangkut-paut dengan soal hati. Soal tasauf. Apabila tasauf atau proses pembersihan hati tidak dilaksanakan di dada individu muslim, maka kebejatan akhlak akan terus berkembang-biak ke tahap yang lebih parah lagi memualkan.

Budaya Barat telah menjadi kiblat orang Islam hari ini. Antaranya ialah:
1.Mewarna atau men'dye' rambut(dimana hukumnya jelas haram) demi mengikuti trend fesyen terkini
2.Berpakaian sendat dan singkat
3.Bertatu dan bertindik
4.Berpasang-pasangan dengan yang bukan mahram atau bercouple tanpa takut azab neraka yang menanti di Akhirat sana
5.Merokok dengan alasan gaya dan sebagai wadah menghilangkan tension
6.Gay dan lesbian/pengkid
7.Black metal
8.Clubbing dan zina
9.Merempit demi memenangi bohsia
10. Entah seribu macam keburukan dan kenistaan budaya hidup yang dibawakan khas oleh Yahudi dan Kafirin untuk 'diikuti'...

Alangkah malangnya jika kita masih belum sedar tentang kempen Yahudi dan Kafirin (Israel, Amerika dan Eropah) dalam menjaja umat Islam supaya terus membeli dan melanggan produk2 mereka berupa budaya harian yang paling kotor, sesat dan membawa kepada API NERAKA nauzubillah.

Alangkah malangnya jika kita terus menerus meminggirkan budaya2 Islam yang telah diajarkan oleh junjungan mulia Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengamalkan sikap tak mahu ambil tahu dan sikap acuh tak acuh terhadap pengamalan agama dalam kehidupan seharian kita.

Ayuh duhai kawan, kita angkat semula maruah agama Islam yang telah kita sendiri calarkan. Kita angkat kembali agama kita ke tempat asalnya yang paling mulia berbanding mana2 agama di dunia. Ingatlah bahawasanya Allah sendiri telah mengiktiraf Islam sebagai agama yang dimenangkan daripada agama Yahudi, Nasrani dan malah segala jenis agama ciptaan manusia.

FirmanNya dalam surah at-Taubah ayat ke-33, ertinya:
“Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (al-Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...