Khamis, November 4

KULIAH TASAUF SIRI 14

Bila diri sudah terumbang-ambing dengan arus keduniaan maka lebih banyak menyesatkan kehidupan dari memberikan rasa keinsafan.
[Jalan ke Hati] 
Terus terang saya katakan, manusia paling sempurna hidupnya adalah dia yang berkiblatkan agama Islam sebagai panduan hidup. Ini kerana Islam membawa satu set cara hidup yang terbaik untuk para penganutnya. Amatlah malang jika kita gagal memahami kelebihan agama ini dan tidak mempraktikkannya ke dalam sepanjang 'aturcara' hidup kita. Lebih-lebih lagi jika terpengaruh dengan arus keduniaan yang sia-sia dan penuh keburukan.

Khamis, Oktober 28

KULIAH TAUHID SIRI 13

Kekuatan Iman juga akan menentukan seseorang itu setakat mana khusyuknya amalan-amalan solat yang didirikan.
[Al-Iman]

Iman itu pangkalnya amalan. Tanpa pangkal bagaimana hendak bermula?

Dari mana datangnya sungai yang mengalir itu, jika bukan bermula dari pangkalnya di atas bukit-bukau dan gunung-ganang.

Dari mana datangnya pokok yang tumbuh rendang itu, jika bukan berpangkal dari akarnya yang kuat mencengkam tanah.

Dari mana bermulanya sebuah perbualan, jika bukan berpangkal di akal yang memikirkan tajuk perbualan.

Dari mana amalan manusia datang, jika bukan pangkalnya di hati.

Dari mana amalan dapat diterima, jika bukan POKOK PANGKALnya adalah IMAN.

Oleh itu hai sahabat-sahabatku, iman yang mantap kepada Allah dan membenarkan apa-apa saja yang disampaikan oleh Rasul-Nya, itulah pangkal yang kita mesti usahakan didalam hati. Mudah-mudahan amalan kita menjadi semakin tunduk, semakin khusus kepada-Nya. Semakin ikhlas dan semakin dekat kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Wallahu A'lam.

Jumaat, Oktober 22

KELAS FARDHU AIN SIRI 3

Setiap orang Islam wajib memahami Islam secara sahih. Ilmu mendahului Amalan . Akidah diutamakan.
[Akidah dan Perjuangan]

Islam adalah agama yang jelas dan benar. Tiada keraguan didalamnya seperti meyakini Tuhan itu tiga dalam satu dan sebagainya. Ajaran yang terkandung di dalamnya sangat mudah untuk difahami. Tiada tuhan lain kecuali Allah. Menepati logik akal, dalam sebuah kapal hanya ada seorang nakhodanya. Jika berbilang-bilang, sudah tentu kapal hilang arah dan akan binasa. Begitu juga dalam alam semesta, hanya ada satu Zat (Tuhan) sahaja yang mengendalikan alam yang terbentang luas ini. Iaitu ALLAH Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Allah yang bersifat Maha Mengetahui setiap sesuatu, mencipta Islam sebagai agama atau aturan untuk umat manusia. DIA-lah yang maha tahu apa yang terbaik buat makhluk ciptaannya. Apa yang diperlukan oleh manusia, agama Islam ada jawapannya. Apa yang tidak baik untuk manusia, Islam juga ada jawapannya. Terpulang kepada manusia sama ada mahu memilih agama yang lurus ini atau tidak.

Oleh itu, orang Islam wajib memahami Islam sejelas-jelasnya supaya dia sedar bahawa agamanya adalah yang terunggul berbanding agama-agama yang lain. Dia juga akan sedar bahawa Islam sangat releven untuk kehidupan manusia baik pada zamannya, zaman terdahulu bahkan pada zaman hadapan! Pokoknya, orang Islam mesti faham agamanya terlebih dahulu sebelum dapat berasa bangga dengannya.

Ilmu yang dicari pula mestilah berasal daripada sumber yang sahih seperti tafsiran Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. daripada ulama-ulama yang muktabar (sangat terpercaya di kalangan alim ulama). Jangan cedok ilmu tanpa mengetahui asal-usulnya kerana KEMUNGKINAN (mungkin benar dan mungkin salah) ilmu itu salah. Bergurulah dengan ulama muktabar kerana mereka pewaris Nabi s.a.w.

Hasil memperoleh ilmu yang sahih dan kesedaran dalam beragama, akan membuahkan amal-amal soleh yang diredai Allah. Ilmu adalah tapaknya kepada amal sebagaimana akar adalah tapaknya kepada pokok. Rapuh tapaknya, maka goyah dan akan binasalah amalnya (kerana tertolak oleh Allah). Oleh itu, sekali lagi, berhati-hatilah dalam mencari ilmu. Pastikan ORI. Bukan daripada ajaran-ajaran ‘cetak rompak’ seperti Kristian, Yahudi, komunisme, nasionalisme, darwinisme, pluralism dan sebagainya.

Pemilihan ilmu yang tepat menghasilkan amal yang tepat. Ia juga menancapkan Akidah yang tulus murni kepada Allah. Jauh dari sebarang kesesatan dan keraguan amalan dan iktikad (pegangan hidup). Dengan demikian, kehidupan barulah tertuju ke jalan yang lurus sebagaimana kita selalu ucapkan saban hari di dalam solat:
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

Wallahu A'lam.

Rabu, Oktober 13

KULIAH TAUHID SIRI 12

Orang yang suka berbuat dosa dan maksiat akan menyebabkan jauh jarak dirinya dengan Allah. Dan hatinya akan hitam.
[Dosa dan Maksiat]

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahiim. Tauhid merupakan asas kepercayaan seseorang Muslim. Dengan Tauhid, dia akan percaya bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali ALLAH. Tauhid bererti mengesakan Allah dari segi Zat(yakin Tuhan ada satu), Sifat(yakin semua sifat-sifat Tuhan itu perfect tiada celanya), dan Perbuatan-Nya(yakin tiada satu makhlukpun yang dapat menyamai perbuatan Tuhan). Tauhid juga bererti mempercayai hal-hal yang ghaib seperti dosa dan pahala sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi-Nya, Baginda Muhammad s.a.w. kepada umat Islam.

Selasa, Oktober 12

KULIAH TASAUF SIRI 13

Allah melaknat orang yang membuat kerosakan di bumi, orang yang sombong dan  yang suka memutuskan silaturrahim.
[Penyakit Hati]

Saya berlindung dengan kasih sayang Allah daripada hal ini. Allah membenci mereka yang melakukan kerosakan di bumi dengan bermaksiat kepada-Nya, berbuat zalim kepada hamba-hambaNya, mencetus fitnah dikalangan manusia, memeras ugut dan menindas golongan yang lemah, memusnahkan alam flora dan fauna demi meraih kesenangan dan kemewahan duniawi dan pelbagai perbuatan dosa lain yang melampaui batas. Sehingga mengakibatkan kemudaratan kepada dirinya sendiri dan orang lain. Bahkan kepada haiwan dan tumbuhan-tumbuhan yang hidup di muka bumi Allah ini.Maka baginya laknat Allah. Laknat-Nya berupa KEMURKAAN Allah merupakan hal yang paling patut bagi kita meminta jauh darinya. Jika dibandingkan dengan apa-apa musibah yang pernah wujud di dunia ini.

Rabu, September 8

KULIAH TASAUF SIRI 12

Sifat orang mukmin menjaga dan menepati janji2nya. Sifat orang munafik mengkhianati janji dan membatalkan janji.
[Dosa-dosa Besar]

Hari ini saya ingin berbicara mengenai janji. Janji cukup sinonim dengan kehidupan seorang manusia yang berakal sempurna. Menabur janji satu hal, menepati janji satu hal. Dan setiap peringkat usia ada janji-janjinya. Apakah yang saya maksudkan ini?

1. Sejak usia masih belum tercatat lagi semasa di alam Roh: Janji kepada Allah dan RasulNya. Seluruh umat Manusia telah berjanji dengan Tuhannya sebelum wujud di alam dunia lagi. Manusia telah mengikat janji dengan Allah Taala untuk menyembah-Nya semata-mata. Bukan kepada Jesus, bukan kepada haiwan, matahari, api, patung dan selain-Nya. Hal ini terbukti di dalam Al-Quranul Karim yang bermaksud:


KULIAH FEKAH SIRI 6

Untuk mendapat khusyuk dalam solat sekurang2nya 20 minit sudah berada di tempat solat. Kosongkan hati dari masalah2 dunia.

[Al-Ibadah]
Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat menulis lagi untuk malam terakhir Ramadhan ini. Kali ini berkenaan solat yang khusyuk. Tentu saudara sekalian sangat menginginkan hal ini. Masakan tidak, melalui solat, roh kita berhubung terus dengan Allah tanpa perantaraan. Seolah-olah kita benar-benar berdialog dengan Tuhan semesta alam. Dan pastinya kita tidak mahu ada gangguan dalam dialog antara diri dengan Tuhan kita atau dalam bahasa mudah, ingin khusyuk semasa solat.

Menghadap Pencipta kita dalam kerendahan jiwa dan raga sebagai makhluk ciptaan-Nya yang sangat kerdil, bukanlah semudah seperti yang diucapkan. Solat yang berkualiti sebegini memerlukan konsentrasi melebihi apa-apa penugasan duniawi yang kita pernah lalui. Bayangkan kita ditugaskan untuk mewawancara Perdana Menteri, tentu tak keruan kita untuk mengatur tutur kata atau skrip yang bersesuaian dengan peringkat seorang pemimpin nombor satu negara. Bagaimana pula tutur kata atau adab kita dengan Tuhan Pemilik seluruh alam ini? Adakah dengan sekadarnya sahaja?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...