Jumaat, Februari 25

MAJLIS ILMU SIRI 5

Rujukan Al-Quran dan Hadis2 Nabi s.a.w.
Terlalu ramai manusia di zaman ini membicarakan tentang Iman dan Sunnah. Tetapi di sudut Ilmu dan Akhlak ramai yang gagal membicarakannya. Benarkah beriman? Jika masih berpuak-puak, takabur, tidak mahu menerima nasihat orang lain, ada yang berani menghina Ulama, mudah bermusuh atau putus silaturahim. Adakah perbuatan seperti ini tanda beriman dan diajar oleh Nabi s.a.w. atau Sunnah?
Bukannya mudah untuk mendabik dada bahawa kita sudah beramal dengan Sunnah. Periksa balik. Adakah setiap perbuatan, perkataan, dan tingkah laku kita menurut ajaran Islam sebagaimana yang telah disampaikan oleh Nabi SAW?

Untuk mengamalkan Sunnah melibatkan pengorbanan yang tinggi disamping perjuangan yang getir. Para musuh Allah iaitu Nasrani dan Yahudi tidak akan reda dengan umat Muhammad SAW selagi mereka tidak berhenti berdakwah atau keluar dari agama mereka. Oleh itu, bagi pencinta Nabi SAW, teruskan membawa obor2 dakwah walaupun terpaksa menghadapi beribu tentangan, tak kira dihina, dicerca, dimaki, dan disakiti.

Biarlah setiap penderitaan dan kepayahan yang dihadapi itu sebagai mahar demi reda Allah SWT, Pemilik Seluruh Cakerawala ini. Bawalah obor dakwah Nabi SAW sebagaimana yang telah diajar oleh baginda sendiri. Yang dirapikan dengan kesempurnaan Akhlak dan Ilmu yang tinggi. InsyaAllah usaha dakwah memperoleh keberkatan disisi Allah Taala.


Wallahu A'lam.

KULIAH TAUHID SIRI 65

Kitab Al-Iman.
Kesempurnaan Iman tidak akan dapat dinikmati jika dalam hati dan hidup harian masih ada sifat takabur, fasik, sombong dan zalim. Jika solat pun, solatnya tidak memberi bekas dan semakin jauh dari Allah.
Subhanallah. Benar sekali perkara di atas.

Selagi kita masih menyimpan sifat2 buruk seperti rasa besar diri (takbur),
terus menerus dalam berbuat maksiat (fasik),
rasa tak boleh terima nasihat orang lain (sombong),
dan membuat sesuatu bukan pada tempatnya (zalim),

Selagi itu kita rasa 'keringnya' iman.

Tak terasa kemanisan dalam menghambakan diri kepada Allah. Sungguhpun sudah mengucap 2 kalimah syahadah dan menunaikan solat. Atau dalam bahasa mudah, hati tidak terasa tenang. Sentiasa resah gelisah. Kerana cahaya keimanan tidak menerangi jiwa sekotor ini.

Ikhlaskan jiwa menghadap Ilahi. Buangkan segala rasa ego, takbur, dan tinggalkan segala tindakan2 zalim kita ke belakang. Bertaubatlah. Mudah2an Cahaya Allah menerangi dada2 kita. Amin.

Selasa, Februari 22

KULIAH TAUHID SIRI 64

Kitab Ad-Din.
Bahaya bagi Iman apabila kecintaan kepada dunia. Dan bahaya hati apabila kecintaan kepada perhiasan dunia.
Bismillahi Rahmani Rahim.

Sahabat2ku, perlu diingat bahawa harga sebuah Iman itu tiada tandingannya. Pejuang2 keimanan pada zaman para Nabi dan Rasul sentiasa membela Iman mereka biarpun digergaji kepala mereka. Mereka tetap berpegang teguh dengan Iman mereka, iaitu mempercayai kepada keEsaan(Oneness) Allah SWT. Bertuhankan Allah, bukan yang lain.

Mengapa mereka sanggup menggadaikan hak2 mereka bahkan nyawa mereka demi memelihara Iman? Kerana disitulah terletak puncak kebahagiaan, keselamatan, keharmonian dan kejayaan sebenar. Tanpa Iman, hidup bagai layang2 putus talinya. Bagai bumi tanpa matahari. Bagai berada dalam kegelapan malam yang kelam. Ringkasnya, hidup tanpa Iman adalah hidup yang tak bermakna.

Oleh itu pejuang keimanan memiliki visi dan misi hidup yang sangat2 jelas. Terang lagi bersuluh. Iaitu mencapai kebenaran yang hakiki dan hidup dengannya. Mengenal Pencipta Langit dan Bumi dan menghambakan diri kepada-Nya! Disitulah terletak erti hidup seorang yang dijadikan oleh Tuhannya.

Marilah kita berusaha dengan segenap kesungguhan untuk mencapai kebenaran. Kebenaran yang diberitakan oleh Nabi Akhir Zaman, Penutup Sekalian Nabi dan Penghulu mereka, Muhammad SAW. Salawat dan salam ke atasnya, keluarganya dan para sahabat serta pejuang sunnahnya.

Berusahalah kita menjaga Iman kita dengan cara menjauhi perkara2 yang membahayakan Iman. Iaitu perasaan cintakan Dunia. Dunia itu bersifat fana atau sementara. Cintakan perkara yang sementara dan meninggalkan perkara yang kekal itu adalah suatu kebodohan yang tidak akan diterima oleh mana2 akal yang sihat.

Namun begitu, manusia tetap terpedaya dengan gemerlipnya dunia itu. Kerana keseronokan sementaranya selalu menggiurkan mana2 insan bernama manusia yang mempunyai hawa nafsu. Disitulah letaknya kejujuran kita. Sejauh mana kita benar2 jujur dengan Agama ALLAH? Sejauh mana kita berusaha memelihara Iman yang telah dititipkan oleh Allah ke dalam hati kita?


Wallahu A'lam.

Rabu, Februari 16

KULIAH TAUHID SIRI 63

Kitab Al-Iman.
Sesiapa yang sanggup melakukan perkara-perkara maksiat kerana mempertahankan pangkat dan harta, sedangkan jalan keluar masih ada, maka rosaklah Iman dan rosaklah agamanya.
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Suatu situasi contohnya seorang Bos mengarah anak buahnya pergi mencari pelacur untuk melakukan zina. Dengan ugutan bahwa sekiranya tak dilaksanakan, anak buahnya itu akan ditahan pangkat atau menjadi gelap bintang. Atau akan dipukul dengan teruk, atau di'pau' duitnya sampai kering dompetnya. Atau macam2 ugutan2 yang tak masuk akal.

Adakah si anak buah itu 'harus' menelan ugutan itu lalu mengikuti arahan mungkar Bosnya itu demi masa depan kariernya, keselamatan nyawanya atau hartanya?

Atau beliau mempertahankan Akidahnya iaitu beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW. Dan beramal mengikut cara Nabi SAW. Lalu beliau mengabaikan arahan bodoh lagi kurang ajar terhadap Yang Maha Berkuasa, dan sanggup meninggalkan kariernya?

Pilihan yang sebenar hanya pada Akidah yang selamat daripada Taghut yang sentiasa menyesatkan para manusia.


Wallahu A'lam.

Isnin, Februari 14

KULIAH FEKAH SIRI 30

Kitab Al-Iqna.
Dua perkara yang pasti berlaku dan tidak mengira peringkat umur dan darjat iaitu sakit dan mati. Sebelum kedua-duanya mendatangi kamu, maka bertaubatlah dari segala dosa dan beramallah dengan amalan-amalan yang soleh.
Bismillahi Rahmani Rahim.

Sehebat mana pun kedudukan manusia, semuda dan secergas manapun insan itu, dia pasti akan menghadapi sakit dan maut. Sakit akan datang dalam suasana yang tak dapat diduga manusia melainkan menerusi Perancangan dan Kehendak Allah jua.

Hari ini kamu tersenyum lebar, bersorak bertempik, bertempuk bertampar sesama rakan sebaya. Esok hari mungkin kamu terlantar di hospital kerana terkena kanser apendiks. Di mana gahmu di mana egomu? Peluang untuk beramal tiba-tiba menjadi sempit kerana nikmat kesihatan telah dipulangkan kepada Pemiliknya.

Hari ini jantung kamu masih berdegup, mata masih berkelip, dada masih berombak, mata masih bersinar, tangan, kaki, jari-jemari masih boleh digerak-gerakkan semahu-mahunya. Tapi apalah nasibmu di esok hari? Mungkin sudah terkambus oleh pepasir di bawah 6 kaki... Menjadi santapan kala dan anai-anai kubur.

Oleh itu, sebelum dua perkara yang pasti ini datang menimpa kita, ayuhlah sediakan bekalan amal soleh berupa ketaatan, menyebarkan dakwah dan berjihad di jalan Allah. Disamping meratapi dosa-dosa yang lalu dengan memperbanyakkan beristighfar kepada Tuhan Yang Maha Pengampun Maha Penyayang. Semoga iman dan amal soleh kita menjadi mahar untuk Syurga-Nya yang Agung.

Wallahu A'lam.

KULIAH TASAUF SIRI 55

Kitab Muhasabah Diri. 
Mengingati Allah itu simbol kewalian dan merupakan pelita hidup. Kelebihan dan keutamaan dalam beribadah.

Bismillahi Rahmanir Rahim.

Salam Maulidur Rasul saya ucapkan buat para pengunjung Cebisan Nur Hikmah. Semoga dengan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, menghayati perjalanan hidupnya, mengambil pengajaran2 daripada perjuangan dakwahnya, dan mengikuti segala Sunnah mulianya, semoga kita tergolong dalam umat akhir zaman yang dirindui Baginda SAW. Mari perbanyakkan salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya.

Secebis hikmah berikutan kuliah tasauf di atas, mari perbanyakkan mengingati Allah. Kerana dengan mengingati Allah, hati akan tenang sebagaimana yang telah difirman di dalam Al-Quran. Bukanlah dengan langkah berhibur itu mampu menenangkan hati daripada kesulitan tugas atau kegundahan masalah.

Akan tetapi, ingatilah Allah. Ikuti ajaran kekasih Allah iaitu perbanyakkan sujud kepada Tuhan Sekalian Alam. InsyaAllah terubat beban di hati. Tidak lupa juga basahkan lidah dengan Kalam Allah. Kerana Cahaya Hikmah sentiasa berlegar dan menaungi sesiapa yang membacanya. Perbanyakkan bersedekah dan ringankan beban saudaramu yang lain walaupun kamu dalam hajat akan bantuan orang lain.

Pokoknya adalah mengingati Allah. Asal ibadah seperti solat dan bersedekah adalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Tanpa mengingat Allah dalam jiwa, ibadah sebesar dan sehebat mana pun, tak membawa bekas kepada hati. Dan membawa kebaikan kepada jiwa.

Wallahu A'lam.

Ahad, Februari 6

KULIAH TASAUF SIRI 54

Kitab Al-Hikmah. 
Berapa ramai orang yang bersih zahirnya dan putih pakaiannya. Tetapi kotor agamanya dan hitam hatinya.

Putih pada zahir hitam pada batinnya. Sesuatu yang berlawanan sekali. Kejayaan ditentukan oleh kesucian hati. Usah biarkan hati dikotori prasangka kepada Allah dan Rasul. Dikotori rasa hasad dengki terhadap insan lain. Dikotori kekufuran dan tak puas hati dengan nikmat2 Allah Taala.

Wallahu A'lam.

p/s Jangan disangka yang tak bertudung itu baik dengan alasan isi hatinya suci bersih. Kerana perintah Allah itu wajib dipatuhi dan bukan untuk ditolak dengan mencipta berbagai-bagai alasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...