Kitab Al-Iman.
Kesempurnaan Iman tidak akan dapat dinikmati jika dalam hati dan hidup harian masih ada sifat takabur, fasik, sombong dan zalim. Jika solat pun, solatnya tidak memberi bekas dan semakin jauh dari Allah.Subhanallah. Benar sekali perkara di atas.
Selagi kita masih menyimpan sifat2 buruk seperti rasa besar diri (takbur),
terus menerus dalam berbuat maksiat (fasik),
rasa tak boleh terima nasihat orang lain (sombong),
dan membuat sesuatu bukan pada tempatnya (zalim),
Selagi itu kita rasa 'keringnya' iman.
Tak terasa kemanisan dalam menghambakan diri kepada Allah. Sungguhpun sudah mengucap 2 kalimah syahadah dan menunaikan solat. Atau dalam bahasa mudah, hati tidak terasa tenang. Sentiasa resah gelisah. Kerana cahaya keimanan tidak menerangi jiwa sekotor ini.
Ikhlaskan jiwa menghadap Ilahi. Buangkan segala rasa ego, takbur, dan tinggalkan segala tindakan2 zalim kita ke belakang. Bertaubatlah. Mudah2an Cahaya Allah menerangi dada2 kita. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan