Selasa, Februari 22

KULIAH TAUHID SIRI 64

Kitab Ad-Din.
Bahaya bagi Iman apabila kecintaan kepada dunia. Dan bahaya hati apabila kecintaan kepada perhiasan dunia.
Bismillahi Rahmani Rahim.

Sahabat2ku, perlu diingat bahawa harga sebuah Iman itu tiada tandingannya. Pejuang2 keimanan pada zaman para Nabi dan Rasul sentiasa membela Iman mereka biarpun digergaji kepala mereka. Mereka tetap berpegang teguh dengan Iman mereka, iaitu mempercayai kepada keEsaan(Oneness) Allah SWT. Bertuhankan Allah, bukan yang lain.

Mengapa mereka sanggup menggadaikan hak2 mereka bahkan nyawa mereka demi memelihara Iman? Kerana disitulah terletak puncak kebahagiaan, keselamatan, keharmonian dan kejayaan sebenar. Tanpa Iman, hidup bagai layang2 putus talinya. Bagai bumi tanpa matahari. Bagai berada dalam kegelapan malam yang kelam. Ringkasnya, hidup tanpa Iman adalah hidup yang tak bermakna.

Oleh itu pejuang keimanan memiliki visi dan misi hidup yang sangat2 jelas. Terang lagi bersuluh. Iaitu mencapai kebenaran yang hakiki dan hidup dengannya. Mengenal Pencipta Langit dan Bumi dan menghambakan diri kepada-Nya! Disitulah terletak erti hidup seorang yang dijadikan oleh Tuhannya.

Marilah kita berusaha dengan segenap kesungguhan untuk mencapai kebenaran. Kebenaran yang diberitakan oleh Nabi Akhir Zaman, Penutup Sekalian Nabi dan Penghulu mereka, Muhammad SAW. Salawat dan salam ke atasnya, keluarganya dan para sahabat serta pejuang sunnahnya.

Berusahalah kita menjaga Iman kita dengan cara menjauhi perkara2 yang membahayakan Iman. Iaitu perasaan cintakan Dunia. Dunia itu bersifat fana atau sementara. Cintakan perkara yang sementara dan meninggalkan perkara yang kekal itu adalah suatu kebodohan yang tidak akan diterima oleh mana2 akal yang sihat.

Namun begitu, manusia tetap terpedaya dengan gemerlipnya dunia itu. Kerana keseronokan sementaranya selalu menggiurkan mana2 insan bernama manusia yang mempunyai hawa nafsu. Disitulah letaknya kejujuran kita. Sejauh mana kita benar2 jujur dengan Agama ALLAH? Sejauh mana kita berusaha memelihara Iman yang telah dititipkan oleh Allah ke dalam hati kita?


Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...