Rabu, Februari 16

KULIAH TAUHID SIRI 63

Kitab Al-Iman.
Sesiapa yang sanggup melakukan perkara-perkara maksiat kerana mempertahankan pangkat dan harta, sedangkan jalan keluar masih ada, maka rosaklah Iman dan rosaklah agamanya.
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Suatu situasi contohnya seorang Bos mengarah anak buahnya pergi mencari pelacur untuk melakukan zina. Dengan ugutan bahwa sekiranya tak dilaksanakan, anak buahnya itu akan ditahan pangkat atau menjadi gelap bintang. Atau akan dipukul dengan teruk, atau di'pau' duitnya sampai kering dompetnya. Atau macam2 ugutan2 yang tak masuk akal.

Adakah si anak buah itu 'harus' menelan ugutan itu lalu mengikuti arahan mungkar Bosnya itu demi masa depan kariernya, keselamatan nyawanya atau hartanya?

Atau beliau mempertahankan Akidahnya iaitu beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW. Dan beramal mengikut cara Nabi SAW. Lalu beliau mengabaikan arahan bodoh lagi kurang ajar terhadap Yang Maha Berkuasa, dan sanggup meninggalkan kariernya?

Pilihan yang sebenar hanya pada Akidah yang selamat daripada Taghut yang sentiasa menyesatkan para manusia.


Wallahu A'lam.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Ini kena kuat dan betul akidahnya.

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam.

    Tapi untuk kuatkan akidah bukan semudah kuatkan tubuh fizikal. Ia melibatkan kekuatan hati sehingga sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri seperti kehendak hawa nafsu, kesenangan, kekayaan, kemahsyuran dsb.

    Semua dilakukan demi memperoleh kecintaan Allah, demi menegakkan AgamaNya di dalam hati dan di bumiNya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...