Bila anda berhadapan dengan sesuatu maksiat dan tidak mampu mencegah tetapi masih melihatnya juga, kemudian anda tertawa dengan maksiat tersebut, itulah tandanya Iman anda sudah rosak bukannya lemah.
Wallahu A'lam.
Bila anda berhadapan dengan sesuatu maksiat dan tidak mampu mencegah tetapi masih melihatnya juga, kemudian anda tertawa dengan maksiat tersebut, itulah tandanya Iman anda sudah rosak bukannya lemah.
Bila Allah sudah tidak pandang seseorang itu maka amal ibadahnya tidak dipandang Allah.
Bila ibadah juga tidak dipandangNya maka tiada keberkatan dalam kehidupan, tidak ada redha dari Allah.
Jauh sekali untuk mendapat rahmat dari Allah.
Ramai hanya tahu menyebut Hidayah tapi berapa peringkat Hidayah ramai yang tidak tahu. Hidayah terbahagi kepada 4 tahap iaitu:
1.Hidayah Al-Ilham.(Naluri)
2.Hidayah Al-Hawas.(Pancaindera)
3.Hidayah Al-'Aql.(Akal)
4.Hidayah Ad-Din.(Agama)
[Hidayah Iman]
Jika diperhatikan dengan neraca Al-Quran dan Sunnah, akan didapati ramai orang-orang Islam hari ini telah mengabdikan diri kepada hawa nafsu. Menghambakan diri kepada manusia dan harta benda. Sehingga ada yang tinggal solat berjemaah dan kuliah-kuliah pengajian. [Fikrah Mukmin]
Orang-orang munafik akan duduk dalam Neraka yang paling bawah sekali. Iaitu orang yang mungkir janji, berbohong dan hati yang suka khianat. Lain di mulut lain di hati. [Al-Hikmah]
Orang yang paling hina dan keji yang hidup di dunia ini iaitu orang yang sombong dengan Allah dan RasulNya. Dan orang yang meringan-ringankan menuntut ilmu-ilmu Agama. [Minhajul Abidin]
Bila mempunyai kawan pastikan mereka tidak akan mengheret anda ke Neraka masa di Akhirat nanti. Kecuali jika anda mampu menarik mereka ke Syurga. Jangan pentingkan dunia dalam berkawan. Pastikan Akhirat diutamakan.
Orang beriman yang beriktikaf dalam Masjid tidak sama dengan orang munafik yang berada di dalam Masjid. Bagaimana untuk mengenalinya? [Fathul Bari]
Allah s.w.t. tidak pandang pada orang yang sedang solat sedangkan matanya melilau ke sana-sini. [Fiqh Islam]
Orang Islam hanya bercakap masalah krisis ekonomi, politik, sosial dan krisis hukum. Tetapi krisis Iman dan Akhlak tidak ramai yang bertegas. [Islam Yang Syumul]
Dosa yang paling besar sekali iaitu tidak mengambil berat ilmu-ilmu agama, berpura-pura dalam agama, menceroboh Al-Quran dan Hadis, dan tidak mematuhi jadual Allah dan RasulNya. [Al-Hikmah]
Demi Allah. Tidak ada kemenangan yang akan diperolehi kecuali dengan keikhlasan, kejujuran hati dan kesabaran dalam menghadapi musuh-musuh Allah. [Kembali Kepada Islam Yang Sebenar]
Apabila terbit fajar janganlah biarkan hati merayau-rayau. Tumpukan kepada ALLAH dengan melakukan perkara-perkara yang mendapat keredhaan ALLAH s.w.t. [Al-Hikmah]
Selagi kefahaman Islam, Iman dan Ehsan tidak dimantapkan ke dalam hati dan selagi Akidah tidak dikemaskini, selagi itulah apa yang dilakukan rasa betul. Dalam masa yang sama sifat ego dan sombong terus bertakhta di hati dan meleburkan pahala, menghidupkan dosa. [Risalah Islam]
Semua manusia akan binasa kecuali orang-orang yang Alim(berilmu). Orang yang Alim pun akan binasa kecuali orang-orang yang beramal. Orang yang beramal pun akan binasa kecuali orang-orang yang ikhlas. Orang yang ikhlas itu pun dalam keadaan bahaya kecuali yang berTAQWA. [Al-Hikmah]
Kesempurnaan Islam terletak kepada tiga perkara iaitu Akidah yang lurus. Keikhlasan dalam beribadah dan berAkhlak mulia. [Akidah Islam]
Hari ini kamu rasa dunia ini seolah-olah milik kamu. Tenggelam dalam kemewahan, berbangga dengan pangkat, paras rupa, mempunyai keluarga yang kaya dan ramai yang menyayangi kamu yang bukan kerana Allah tapi kerana dunia. Tanpa disedari dalam keseronokan dan kemewahan yang sedang dinikmati, kamu tidak mengikut peraturan-peraturan atau Syariat Islam. Terjadilah keseronokan dalam membuat maksiat dan dosa yang tidak diredhai Allah. [Al-Hikam]
Tanyalah pada diri sendiri, siapakah TUHAN ku? Benarkah ALLAH Tuhan ku? Atau hawa nafsu atau syaitan atau manusia atau harta dan wang ringgit dijadikan Tuhan? [Kenalilah Allah s.w.t.]
Dari Anas bin Malik, Nabi s.a.w. tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pernah memakan roti yang sudah dihaluskan hingga Baginda wafat. [Riwayat Bukhari,Tarmizi,Ibnu Majah dan Ahmad]Ertinya Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat mulia ini tidak pernah makan sepertimana orang barat makan iaitu di atas meja. Nabi s.a.w. juga memakan roti yang masih lagi kasar bukan seperti roti yang kita makan pada hari ini. Membuktikan bahawa pemakanan Nabi s.a.w. sangat sederhana yakni sekadar mengenyangkan perut dan tidak berlebih-lebihan.
Sekadar hiasan |
Dari Abu Hurairah r.a., Seburuk-buruk makanan adalah makanan pada jamuan di mana golongan kaya sahaja yang diundang kepadanya dan ditinggalkan golongan fakir. [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Ada lima jenis bagi orang-orang Islam yang berani menentang kebenaran.
1.Orang yang jahil.
2.Orang yang berkepentingan diri.
3.Orang yang mengikut hawa nafsu.
4.Orang yang mengikut bisikan-bisikan Syaitan.
5.Orang yang tahu itu adalah kebenaran tapi diabaikannya.
[Kesesatan]
Antara yang paling ketara dilakukan oleh orang-orang Islam hari ini iaitu mereka tahu itu adalah kebenaran tapi diabaikannya dan mempunyai kepentingan diri. Perkara ini boleh membawa kepada syirik atau rosak Iman. [Kesesatan]
Apabila berkumpul manusia bagi mendengar muzik atau nyanyian, maka dialah orang yang bodoh yang tertolak Syahadah atau Imannya. [Imam Syafie dari kitab Ibnu Qayyim al-Jauzi]
Mendengar nyanyian dan muzik yang melalaikan adalah ahli-ahli fasik. Barangsiapa yang mencintai nyanyian, dipalingkan hatinya daripada al-Quran. [Imam Malik dan Ibnu Qayyim al-Jauzi]
Inilah dosa-dosa yang kerap dilakukan oleh pengguna-pengguna handphone yang tidak bertakwa. Iaitu:
-Tidak menjawab panggilan dengan sengaja.
-Tidak menjawab salam dan mesej berupa pertanyaan.
-Double Standard.
-Salah gunakan setiap sen yang keluar
-Memutuskan silaturrahim.
Kesemuanya (berikut) dosa besar.
[Sifat-sifat Tercela]
Berapa ramai orang Islam hari ini membiarkan dirinya dibelit oleh dunia. Tanda Allah tidak menyayangi seseorang itu, DIA akan membiarkan belitan tersebut hingga penghujung hayatnya. [Al-Ibadah]
Pada zahirnya radio, tv, internet dan telefon bimbit memang bermanfaat. Tapi bila tidak digunakan berdasarkan Iman dan Takwa, banyak dosa daripada pahala. [Dosa dan Pahala]
Berapa ramai orang yang kaya dan hidup senang tetapi kekayaan menjadikannya kufur dan sesat dari menjalankan perintah-perintah Allah s.w.t. [Bahrul Mazi Jilid 16]
Ramai orang yang mendakwa diri mereka sebagai orang Islam. Tetapi kehidupannya tidak mencerminkan sebagai orang beragama Islam. [Ad-Din]
Di akhir zaman ini ramai yang nampak membuat ketaatan kepada Allah. Tetapi sebenarnya bertambah jauh dari Allah s.w.t. [FEKAH ADAB]
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu kerana mengharapkan wajah Allah. Kami tidak mengharapkan balasan daripada kamu dan tidak ucapan terima kasih. (Al-Insaan:ayat 9)Seterusnya perbuatan itu mestilah berlandaskan ilmu. Bukan sekadar ikut-ikutan. Tengok orang lain pergi Haji, diapun pergi sama. Begitu juga dengan ibadah-ibadah lain. Mengikut tanpa mengetahui rukun-rukun dan syarat-syarat sahnya. Amal sedemikian juga tertolak kerana tidak menepati Syariat. Semoga ketaatan kita membuatkan kita makin dekat dengan Allah bukan sebaliknya.
Seseorang yang kurang mantap Imannya kepada Allah maka hidupnya tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam hatinya. [Takwa]
Antara sebab orang-orang Islam zaman ini tidak mahu menuntut ilmu-ilmu agama atas alasan, "lebih baik tak tahu daripada tahu". Orang seperti ini di dunia lagi Allah tidak pandang padanya. Di Akhirat tidak akan dapat rahmat dari Allah s.w.t. [Fardhu Ain]
Umat Islam zaman Nabi s.a.w. dan di zaman sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dahulu, kehebatan mereka mentaati perintah-perintah Allah dan kuat beribadah. Zaman sekarang umat Islam hebat juga. Kehebatannya menentang perintah-perintah Allah dan malas beribadah. [Al-Ibadah]
Apabila seseorang Islam menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan dan syaitan sebagai kawan ikutannya, maka ia telah menempah satu tempat di Neraka. [Iman dan Kufur]
Orang Islam yang melakukan maksiat dan cintakan dunia dapat membutakan Hati dan termasuk ke dalam penjara syaitan. [ibn Qayyim al-Jauzi]
Berapa ramai orang yang beragama Islam tetapi tidak mengambil tahu dimana tahap kedudukannya sebagai seorang Islam. Jika diteliti akan terbahagi kepada 7 bahagian orang-orang Islam hari ini. [Iman dan Kufur]
Penyakit paling utama yang akan dihadapi golongan muda ialah terpengaruh dengan era globalisasi. Mensia-siakan waktu dan suka menangguh-nangguhkan menuntut ilmu-ilmu agama, melambatkan amalan-amalan soleh dan taubat. [Pemuda yang Soleh]
Antara orang yang munafik mulutnya mengaku beriman, mengakui adanya ALLAH. Namun hati tidak ikhlas, masih sombong menolak kebenaran dari Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. [Munafiq]
Bila kita tidak suka pada seseorang itu, kita akan mengadakan berbagai alasan dengan tujuan tidak mahu berjumpa dengannya. Begitu juga bila kita suka dengan seseorang itu kita mengeluarkan kata-kata manis bila berjumpa dengannya. Dengan perbuatan kita itu menjadikan kita bersifat MUNAFIQ. [Iman dan Kufur]
"Kunci segala dosa adalah kejahilan yang berterusan dan kunci menerima syaitan sebagai teman adalah bila hawa nafsu dijadikan Tuhan" [Syurga dan Neraka]
Seseorang yang ingin menjadi tentera Islam pastikan solat 5 waktu tidak tinggal. Solat Tahajud, rajin puasa sunat Isnin dan Khamis. Tidak tinggal membaca al-Quran dan menjauhi perkara-perkara maksiat. [Tentera Allah]
Dalam sebutan bacaan Basmalah ada 13 kesalahan jika tidak dibaca dengan betul dan bertajwid. Ayat kedua dari Surah Al-Fatihah ada 9 kesalahan sebutan jika tidak dibaca dengan betul. [Surah Al-Fatihah]
Dilihat dari luar ramai manusia nampak baik dan sihat. Bila dilihat dari tingkah laku sama ada dari sudut perkataan atau perbuatan, ramai yang tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah tanda hati yang sakit dan mati. [Al-Hikam]
Ada lima perkara yang pasti kita hadapi jika tidak berhati-hati di dalam kehidupan setiap saat. Iaitu:
1-Amalan Syirik.
2-Membuat Fasik (berbuat dosa besar dan kekal dalam dosa kecil).
3-Bersifat munafik.
4-Melakukan keZaliman.
5-Gejala Murtad.
[Murtad Tanpa Sedar]
Orang-orang Islam zaman ini lebih sanggup menunaikan hajat seseorang ke arah dosa dan maksiat. Hajat seseorang yang ke arah kebaikan dan mendatangkan pahala ditolak dengan terang. [Zalim]
ILMU dibina atas tiga tahap iaitu Riwayat, Dirayat dan Ria'yat. IBADAH terlaksana dengan tiga perkara iaitu kesahihan Akidah, keikhlasan Ibadah dan kemuliaan Akhlak. [Al-Hikam]
Bila hati atau jiwa sudah ditanamkan dengan budaya-budaya Barat yang berlandaskan cara Yahudi dan Nasrani, maka orang-orang Islam lebih mengagungkan cara hidup mereka daripada cara hidup Islam. Di mana keikhlasan kita di dalam menerima Islam sebagai panduan hidup? [Batas-Batas Iman dan Kufur]
Orang yang suka memperhambakan hawa nafsunya dan menebus Akhirat dengan keduniaan adalah orang yang paling rugi dan menerima seksaan yang sangat berat. [Al-Hikmah]
Zaman ini orang yang beragama Islam dan mengaku beriman, tetapi sanggup menentang hukum-hukum Allah untuk menjaga hati kawan. Walaupun dia tahu perkara itu haram. Kerana kawan(manusia), tolak hukum Allah. Maka jadilah ia seorang yang fasik atau kafir atau zalim. [Iman dan Kufur]
"Dari sekian banyak nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmat bagimu, dari sekian banyak kesibukan, cukuplah ketaatan sebagai kesibukan bagimu, dan dari sekian banyak pelajaran, cukuplah kematian sebagai pelajaran bagimu." [Saidina Ali bin Abi Talib r.a.]
Orang yang celaka ialah orang yang telah tahu kebenaran, tetapi kerana hawa nafsu dan menuruti Syaitan sanggup mengubah kebenaran dan menggadaikan keimanan. [Al-Iman]
Harga sebutir Iman tidak terkira mahalnya. Tapi ramai umat Islam menggadaikannya dengan dunia yang tiada harga. [Al-Iman]
Manusia sering dalam kealpaan dan kelalaian kerana kesenangan dan keseronokan dunia. Oleh itu sentiasalah muhasabah diri, jadikan al-Quran sebagai panduan hidup. [Al-Ibadah]
Setiap orang yang ego, yang sombong dan yang takbur pasti LEBUR.Yang mula-mula lebur Iman dan kemudian amalan-amalan solehnya. [Al-Hikam]
Sesiapa yang ingin menuju ke jalan-jalan Allah akan melalui empat rintangan. Amat beruntung bagi yang dapat melepasinya dan terlalulah rugi bagi sesiapa yang gagal. [Aura Iman]
"Manusia lupa asal dan usulnya, kerana asyik dengan keseronokan dunia, Nabi dan Rasul berkorban jiwa, agar umatnya dapat agama. Sedangkan umatnya menjualkan agamanya kerana dunia." [Iman dan Pembatalannya]
Hati manusia akan terbahagi pada tiga bahagian iaitu: Hati yang sihat. Hati yang sakit dan Hati yang mati. Kebanyakan manusia hari ini akan memiliki sama ada Hati yang sakit atau Hati yang mati. [Cahaya Di Atas Cahaya]
Hidup hanya sekali maka jadilah seorang manusia yang hebat. Manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Kaya dengan pahala dan amal kebaikan. [Al-Ibadah]
Hati yang ada rasa ego, ada sifat riak, rasa dendam, ada rasa sombong dan ada rasa pilih kasih. Jika salah satu atau semuanya ada dalam hati maka segala amalan-amalan solat tidak diterima oleh Allah. [Al-Hikmah]
Usia yang muda tidak boleh dijadikan alasan tidak dapat menuntut ilmu-ilmu agama. Itulah adalah kata-kata dari iblis laknatullah. [Al-Iman]
Berpalinglah segera dari berterusan berbuat dosa dan hampirkanlah diri kepada Allah. [Iman dan Taubat]
Kesempurnaan ibadah hanya akan terhasil dengan Akhlak yang mulia. Yang diterajui oleh Akidah yang kukuh. Pastinya bersumber dari Ilmu. [Al-Ilmi]
Orang yang sentiasa hatinya bersih dari sifat-sifat terkeji, akan sentiasa memasang niat yang baik dan diberi pahala oleh Allah. Itulah orang yang akan dipikat oleh SYURGA. [Syarah Al-Hikam]
Pintu Taubat tidak akan dimasuki selagi Pintu Insaf tidak dibuka terlebih dahulu. Untuk membukanya: Dengan mengingati MATI. [Antara Semalam dan Besok]
Sesiapa yang mengabaikan Allah semasa mudanya, maka Allah akan mengabaikan masa tuanya. [Antara Semalam dan Besok]
Inilah zaman orang-orang Islam lebih sanggup jadi hamba hawa nafsu, hamba Syaitan dan hamba dunia. Inilah yang dikatakan menjual agama kerana dunia. [Silsila Amalikul]
"Zaman ini adalah zaman orang-orang untuk mencari keuntungan dunia dengan menjual agama dan kebenaran-kebenaran dianggap penghalang untuk kecintaan dunia." [Al-Iman]
Orang yang paling menyesal di hari Akhirat nanti ialah orang yang diberi peluang mencari ilmu masa di dunia. Tapi masa yang diberi digunakan untuk perkara-perkara maksiat. [Ihya Ulumuddin]
Orang yang menjadi penderhaka agama ialah orang mencela agama, orang yang bermusuh kerana agama dan menyeru manusia kepada dunia. [Al-Hikmah]
Penjenayah yang paling besar bagi seseorang Islam ialah penderhaka pada agama Allah dan memandang remeh hukum-hukum Allah s.w.t. [Dosa-dosa Besar]
"Islam dibina atas ilmu, maksiat dibina atas kejahilan. Sombong terbina atas iblis dan Tawaduk dibina atas TAKWA." [Ad-DIn]
Sepotong roti, segelas air dan sehelai kain yang diperolehi dengan jalan halal, lebih baik daripada hidup mewah dengan bermegah-megah dan sombong. [Halal & Haram]Sama-sama kita fikir-fikirkan.
"Dosa dan pahala umpama sebiji buah maka kitalah yang akan membuat pilihannya. Dalam satu hari yang mana lebih banyak dapat dikumpulkan." [Al-Hikmah]
"Tuan, Dato, Tan Seri dan YB. Adakah berharga semua gelaran tersebut? Jika Al-Quran kosong di hati. Hukum-hukum Allah tidak ditegakkan dan Syariat Islam tidak diamalkan." [Al-Hikam]Mari berusaha supaya sentiasa mendampingi Al-Quran dan As-Sunnah di dalam kehidupan.
Kerosakan Iman dan kehidupan kita adalah berpunca dari pengaruh terhadap penipuan orang-orang disekeliling kita setiap hari. Terutama orang-orang yang mementingkan Harta, Kuasa, Ego & Kemegahan yang membawa kepada perbalahan, kedengkian, fitnah-memfitnah dan berlumba-lumba mengejar dunia hingga lupa halal haram dan laknat dari Allah s.w.t. [Al-Iman]
Zaman ini adalah zaman yang segala kebenaran ditolak, sedangkan setiap kezaliman dan setiap kejahatan dapat sambutan. [Minhajul Abidin]
Orang-orang munafik selalu mementingkan luaran atau yang zahir. Sedangkan batinnya menyimpan kekejian. Penampilan mereka sebagai pahlawan padahal mereka sebenarnya ibarat binatang yang buas. [Pintu-pintu Wahyu]Amat cocok jika Orang Munafik ini digelar "Indah Khabar Dari Rupa". Hanya Allah sahaja yang tahu tembelang mereka. Semoga kita tak tergolong dalam golongan ini.
Rahmat Allah s.w.t. tidak akan didapati pada orang yang bermaksiat dan yang di dalam hatinya ada sifat ego dan sombong. [Pintu-pintu Wahyu]
Akidah atau Iman boleh menjadi batal atau rosak hanya disebabkan tiga perkara iaitu: Pangkat, Harta dan Wanita. Jika tidak mengikut Syariat Islam. [Al-Iman]Bismillahi Rahmani Rahim.
“Your Qalb (heart) cannot be compartmentalized. You cannot dedicate one piece of it to Allah subhanahu wa ta’ala and another to some other god, like wealth, status, career, spouse and so on. Allah subhanahu wa ta’ala is One, Indivisible and wants the human being to be undivided in service to Him. So long as our heart lies in a hundred places, so long as our eyes are set in a hundred directions, so long as we have many loyalties, we shall never be able to achieve that condition of ‘holding onto Allah subhanahu wa ta’ala’.” (Ustaz Khuram Murad)http://baikiminda.blogspot.com/2010/11/kisah-seorang-wanita-facebook.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+PenaMaya+(Pena+Maya)
Tanda sifat munafik pada seseorang itu ialah ia lebih beristiqamah dengan urusan-urusan duniawi daripada amalan-amalan untuk Akhirat. [Al-Iqna]
Kesibukan dunia bukan alasan tidak boleh menuntut ilmu-ilmu agama yang Fardhu Ain (wajib dituntut oleh setiap orang Islam). Dalam Bab Iman atau Akidah, Bab Solat, Puasa, Halal Haram dan Bab Akhlak, sudah berapa kitab dapat khatam dan berapa orang Ustaz yang mengajarnya? Jika belum jangan ditangguh-tangguhkan lagi. [Mukaddimah Ilmu]Antara kitab-kitab yang wajib dipelajari: Tafsir Al-Quran, Ilmu-ilmu Hadis, Ilmu-ilmu Akidah, Fekah, Akhlak, Sirah Islam dan Sirah Para Nabi. Jangan mudah-mudah mengabaikannya.
Jika disebut manis akan dikaitkan dengan penyakit. Begitu jugalah untuk mendapat kemanisan Iman memang ramai yang sakit. [Al-Iman]
Antara tempat yang paling ramai didatangi Syaitan untuk berkumpul, di majlis kenduri kahwin yang tidak mengikut peraturan-peraturan Islam. [Jerat Syaitan]
Janganlah terlalu ego dan berbangga dengan kuasa, pangkat, harta dan wang. Jika tidak diinfakkan ke jalan Allah. Nanti celaka yang akan diterima. [Khazanah Ulama']Bismillahirahmanirahim.
Bismillahirahmanirahim.
Merasa gembira dengan perbuatan maksiat, adalah petanda mabuk syahwat telah menutup pintu hati dan kematian hati. [Madarij As-Salikin]
Solat tak tinggal, maksiat buat juga. Al-Quran dibaca, hukum-hakamnya tidak dipatuhi. Itulah sifat MUNAFIK. [Al-Quran dan Hadis]
Ramai orang Islam tidak yakin dengan jaminan Allah dan RasulNya. Tetapi lebih yakin dengan jaminan manusia-manusia yang kafir dan munafik. [Huraian Hidayatul Salikin]
Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘Wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.” – HR Imam Abu Daud
Mukmin, kafir dan sifat munafik. Antara tiga sifat ini yang mana lebih terdorong di dalam hidup setiap hari? [Iman dan Kufur]
(29) Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram)...
Tanyalah diri sendiri, adakah kita berkawan atas dasar al-Quran dan Sunnah atau atas ajaran-ajaran Yahudi dan Nasrani?