Janganlah terlalu ego dan berbangga dengan kuasa, pangkat, harta dan wang. Jika tidak diinfakkan ke jalan Allah. Nanti celaka yang akan diterima. [Khazanah Ulama']Bismillahirahmanirahim.
Kuasa, pangkat, harta dan wang merupakan kurniaan Allah. Kenangkan kembali ketika seorang insan baru lahir di dunia. Betapa daifnya kedudukannya pada masa itu. Dengan tanpa seurat benang (harta) di badan, dia menangis-nangis memohon belai kasih-sayang daripada ibu kita (helpless without power).
Kemudian, ibu bapanya mengasuh dan mendidik sehingga menjadi 'orang yang berjaya'. Memiliki wang dan kedudukan yang tinggi. Tergerak niat di hati untuk mengejar habuan dunia hingga kelabu mata untuk membezakan yang mana halal dan yang mana haram.
Segala hukum agama ditolak ketepi. Soal infak apatah lagi. Walhal dia lupa bahawa segala kurniaan yang dia nikmati selama ini hanyalah PINJAMAN daripada ALLAH yang Maha Pemurah. Yang menuntut hak seorang hamba yang bersyukur. Melalui ketaatan berupa Takwa dan Amal Soleh.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan