Isnin, Mei 10

KULIAH FEKAH SIRI 2

Jangan dipandang remeh apabila kita menerima ucapan salam melalui mesej yang diterima. Besar ganjarannya bagi sesiapa yang menjawabnya. Kecuali mesej yang berunsur maksiat.
[Huraian dari Kitab Hidayatul Sufiyan]

Kita biasa akan memandang remeh kepada perkara2 yang kecil seperti cara bercakap, cara bertegur sapa dengan seseorang, adab makan dan minum, adab berdamping dengan orang tua, adab belajar dengan guru, dan seangkatan dengannya.

Ini kerana akal fikiran dan hati kita 'terlepas pandang' terhadap keutamaan serta kepentingan hal-hal yang disangkakan kecil ini. Islam mengajar kita supaya memerhati setiap tindak-tanduk kita dari sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara dalam kehidupan kita. Al-Quran sendiri telah mengingatkan kita:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalnya)!
[Surah ke 99,Al-Zalzalah: Ayat 7-8]

Oleh itu, jelas bagi kita tiada istilah memandang remeh terhadap apa sahaja suruhan Allah dan RasulNya. Sebagai orang yang memiliki iman kepada Allah dan Hari Akhirat, setiap suruhan dan larangan yang telah ditetapkan dalam agama Islam mestilah diterima dengan sepenuh hati. 

Dalam konteks bersosial sesama insan terutama dengan orang Islam, adab memberi dan menjawab salam mesti dijaga rapi lagi teliti. Ini kerana telah jatuh hukum WAJIB baginya untuk menjawab kembali salam yang telah diberikan oleh saudara seagamanya sebagaimana diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Ada lima kewajiban bagi seorang muslim terhadap saudaranya yang muslim; menjawab salam, mendoakan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan mengiring jenazah. (Shahih Muslim No.4022)
  
Memandang zaman pun semakin maju, maka wujudlah teknologi canggih seperti handphone yang memudahkan perhubungan sesama umat Islam. Handphone merupakan alat yang boleh menjuruskan seseorang individu ke Syurga atau ke Neraka. Bergantung kepada penggunaannya.

Jika beliau menggunakan secara syarie iaitu dengan tujuan menghubungkan silaturrahim, maka ia merupakan bekalan Pahala baginya untuk ke akhirat. Namun jika ia digunakan untuk tujuan mengguris hati orang lain, mencerca, ber'sms' dengan yang bukan mahram untuk tujuan seronok2, maka ia bukanlah di dalam ajaran Islam. Bahkan bernilai maksiat di sisi-Nya.

Selain kita lihat dari segi niat dan tujuan penggunaan, tatacara mesej atau sms mesti dijaga mengikut kehendak Islam. Apabila kita menerima salam berupa 'Assalamualaikum' didalam handphone kita, maka wajib bagi kita menjawabnya dengan 'Waalaikumusalam' atau lebih baik dari itu. Ini kerana salam tidak kira secara berhadap-hadapan atau face-to-face sahaja wajib untuk kita jawab, salam melalui sms juga Islam menghendaki kita untuk menjawab salam. Wallahu A'lam.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...