Rabu, Mei 5

KULIAH FEKAH

Apabila seseorang itu memandai-mandai mencipta undang2 sendiri, sedangkan Allah telah menyediakan Undang2 untuknya. Maka batallah Iman dan hidupnya akan kacau-bilau.
[Hakam]
Kita perlu sedar dan insaf bahawa setiap ciptaan Allah subhanahu wa taala itu telah ditetapkan baginya Undang2 tersebut. Mari kita buat tinjauan menerobos alam:

Langit dan isinya seperti bintang-bintang, planet, matahari, debu2 angkasa, bulan dan macam-macam keajaiban ciptaan Allah. Lihatlah bagaimana mereka begitu patuh kepada Undang2 yang Allah tetapkan buat mereka misalnya hukum orbit.

Kita ambil contoh Bulan. Ia tidak pernah 'engkar' daripada orbit yang ditentukan baginya. Tidak pernah kita mendengar berita astronomi mengatakan bahawa bulan lari daripada orbitnya. Mahu sahaja bulan bergerak sesuka hati bukan lagi mengikut garisan membujur orbit tersebut. Difikirkan trek peredaran tersebut membosankan dan tiada thrill. Mahu sahaja bulan sesekali melanggar bumi atau planet2 lain yang berhampiran bagi melepas tensionnya. Tapi perkara itu tidak langsung terjadi... Bulan akur dengan orbitnya.

Sedarkah kita, bulan yang kita nampak setiap kali malam menjelang, sentiasa taat dengan Undang2 Allah? Tidak pernah engkar dan tidak pernah derhaka? Bulan dengar dan patuh kepada Undang2 Allah. Apakah kesan jika ia tidak patuh? Ketahuilah kawan2ku, akan musnahlah keseimbangan alam semesta yang telah Allah tentukan secara sempurna ini. Maha Suci, Maha Tinggi Allah yang mengadakan semua ini. Maha Bijaksana Dia, Tuhan Semesta Alam.

Jika makhluk Allah bernama bulan yang saiznya teramat besar berbanding dengan manusia yang kerdil ini, mengapa tidak kita ambil iktibar kepatuhan bulan kepada Undang2 Allah Taala?

Janganlah pandai2 mencipta sendiri undang2 sebagaimana contoh bulan yang mahu bergerak sesuka hatinya. Merekacipta undang2 ikut hawa nafsu sendiri dan berdasarkan pengetahuannya yang sangat2 terbatas. Yakinlah bahawa Undang2 Allah adalah yang terbaik kerana ia dicipta oleh Tuhan yang Maha Tahu segala-galanya dari awal hingga akhir, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi, baik yang zahir mahupun yang batin. Semuanya Allah tahu. 

Oleh itu, jika Allah telah menetapkan sesuatu hukum atau Undang2-Nya, maka terimalah. Terimalah dengan sepenuh hati tanpa secebis ragu2 akan kebijaksanaan Allah Taala. Akur kepada Undang2 Allah menandakan sifat orang mukmin yang sejati. Kerana orang mukmin itulah orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak sebagaimana dinukilkan dalam al-Quran Surah An-Nur Ayat ke-51:

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. 

Dan Allah menyambung pada Ayat seterusnya:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.

InsyaAllah sama-sama kita memohon kepada Allah agar dikurniakan thabit(keteguhan) dalam mematuhi Undang2 Allah sepanjang usia kita dan bukan pula memandai-mandai cipta undang2 sendiri yang terdiri daripada ajakan hawa nafsu dan bisikan Syaitan laknatullah. Wallahu A'lam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...