Fikir mati itu adalah berfikir bagi menyediakan diri untuk kembali kepada Allah dengan susunan kehidupan yang sentiasa bersedia untuk menghadapinya.
[Usrah dan Dakwah]
Berfikir mati itu suatu tindakan paling bijak bagi mana-mana manusia yang mengaku menHAMBAkan diri kepada Allah. Manakan tidak, ia diiktiraf oleh manusia paling hebat di dunia, Rasulullah s.a.w. sebagaimana dalam hadis berikut:
Seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling bijak?" Beliau SAW menjawab, “(Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian. [Riwayat Ibnu Majah]
Maka dengan berfikir itu juga beliau telah membuat plan yang paling sempurna untuk penghidupannya di akhirat. Tentang apakah amal-amal semasa di dunia yang akan dibawanya ke Alam Barzakh kelak? Juga buat perbekalan di Negeri Akhirat yang kekal abadi...
Semasa hidup, adakah kita:
a) Beriman dan beramal dengan sepatutnya mengikut petunjuk Allah dan Rasul?
b) Berpegang dengan pegangan al-Quran dan as-Sunnah?
c) Bagaimana pula pengamalannya dalam kehidupan seharian?
d) Atau sekadar meniru-niru cara hidup Barat/kuffar yang dikatakan maju itu?
Pada hakikatnya, budaya kuffar itulah jalan yang penuh dengan keraguan, sangka-sangkaan semata2 dan larut dalam gejolak nafsu haiwani. Jangan terpedaya duhai kawan2ku. Ingatlah, Allah itu Maha Benar dan pemilik segala kebenaran. Paling layak bagi-Nya segala kebenaran dan kepada-Nya kita menghambakan diri ini.a) Beriman dan beramal dengan sepatutnya mengikut petunjuk Allah dan Rasul?
b) Berpegang dengan pegangan al-Quran dan as-Sunnah?
c) Bagaimana pula pengamalannya dalam kehidupan seharian?
d) Atau sekadar meniru-niru cara hidup Barat/kuffar yang dikatakan maju itu?
Rasanya elok juga kita hayati secebis senikata lagu terkenal ini agar ia bukan setakat asyik di telinga tapi bermanfaat di lubuk hati nurani. InsyaAllah.
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuman satu kali
berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat
cepat ucap astafighrullahal’adzim
pandanglah ke sana
lihat yang di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka
astafighrullahal’adzim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan