Isnin, Mei 17

KULIAH TAUHID SIRI 3

Double-standard bukan dari ajaran Islam. Ia adalah fahaman karut dan sikap dari jenis penyakit jiwa dan rosak Iman. Ia juga adalah satu penyelewengan pada sikap, binasa pada badan, hilang kesungguhan dan mengheret dirinya ke dunia keretakan secara lebih nyata.
[Al-Iman]

Kita perlu faham dengan sejelas-jelasnya bahawa antara akidah(pegangan) agama Islam adalah hak kesamarataan di kalangan umatnya. Tiada insan atau golongan yang dipandang tinggi melangit sebagaimana diamalkan oleh kerajaan Salib, tentera Rom dan Parsi, masyarakat Hindu dalam sistem kastanya dan lain-lain fahaman di dunia ini.

Islam menekankan hak sama rata terhadap setiap insan. Tidak kira statusnya:
a) kaya atau miskin
b) tua atau muda
c) lelaki atau perempuan
d) majikan atau pekerja
e) kelulusan tinggi atau rendah
f) golongan bandar atau kampung
g) berpingat atau tidak
h) ber'gelaran' atau tidak
i) pegawai atau orang bawahan
j) raja atau rakyat
k) apa2 indikasi manusiawi yang boleh menunjukkan seseorang ini lebih tinggi darjatnya daripada seorang yang lain; Islam memandang setiap insan itu adalah sama. Tiada bias. Tiada diskriminasi dalam Islam.

Tuntasnya, Allah tidak memandang status apa hambaNya sandang. Tetapi Allah memandang siapakah yang paling baik takwanya. Firman Allah Taala dalam al-Hujurat ayat 12:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Hal ini juga telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam khutbah terakhirnya ketika Haji Wida' iaitu:

 Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Wallahu A'lam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...