Rabu, Disember 1

SYUKUR! KEMBALI ONLINE

Assalamualaikum para tetamu yang dirahmati Allah.

Segala puja dan puji hanya untuk Allah subhanawataala yang telah mengizinkan saya meneruskan kesinambungan dakwah elektronik pada hari ini. Mohon maaf di atas kelewatan.

Dengan izin Allah, saya akan teruskan berkongsi pendapat hasil pengajian saya di dalam Taman-taman Syurga. Taman Syurga... Subhanallah! Alangkah hebat bunyinya! Tentu isinya jauh lebih mengagumkan. Namun pada hakikatnya, taman tema buatan manusia lebih kita gemari. Di mana isinya dipenuhi dengan beraneka ragam permainan untuk menghiburkan para pengunjung. Aduhai.. Keseronokan sementara lebih dicari daripada keagungan nikmat Ilahi di Akhirat sana...


Bukan maksud saya untuk memulaukan semua taman tema yang ada. Tiada halangan dalam Islam untuk berhibur. Tetapi Islam datang kepada umat manusia dengan membawa tatasusila yang paling sempurna ke dalam setiap aktiviti harian mereka. Antaranya termasuk tatasusila berhibur atau bermain...


Ahmad dan Futsal


Sebagai contoh, Ahmad suka bermain futsal. Silakan. Tapi waktu solat jangan diabaikan. Ahmad mestilah bermain pada masa yang sesuai. Bukan main langgar saja waktu maghrib dan isyak sebagaimana yang dilakukan oleh majoriti pemuda Islam pada hari ini. Berhentilah bermain apabila azan berkumandang. Lebih cantik lagi apabila Ahmad berhenti awal untuk bersiap-siap pergi ke masjid dan solat berjemaah. Dan di masjid ini menantilah Taman Syurga buat mereka yang menghargai nikmat iman.

Solat di court futsal? Boleh je.

Selain itu, Ahmad mestilah menjaga tatasusila berpakaian yang menutup aurat. Ketahuilah duhai saudara-saudaraku yang dirahmati Allah, bahawa dengan menutup aurat, Ahmad dapat memelihara kehormatan dan harga dirinya di sisi Allah dan orang lain. Sekaligus dia dapat menggelecek dan menyepak bola dengan gayanya. Hanya orang yang menjaga agama Allah (di dalam apa-apa situasi) layak menerima kemenangan daripada-Nya. Allah Taala telah menjanjikan hal ini di dalam Al-Quranul Karim:
Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Berkuasa. (Maksud Al-Haj:40)
Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasul Ku tetap mengalahkan (golongan yang menentang). (Maksud Al-Mujadalah:21)
Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman. (Maksud Al-Rum:47)
'Ahmad' bersama rakan-rakannya. Tak susah bermain sambil tutup aurat kan.

Kemenangan di sini bukan setakat berjaya menyumbatkan gol. Tetapi visi Ahmad selaku pemain futsal yang beriman adalah lebih jauh ke hadapan. Iaitu berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus 'disumbatkan' oleh malaikat ke dalam jurang Api Neraka! (Kami berlindung dengan Allah daripada azab ini).


Kisah Taman Tema


Berbalik kepada 'kes' pergi ke taman tema sama ada bersama kawan-kawan atau keluarga, ia tidak salah. Tetapi yang menjadi suatu kesalahan adalah melupakan Taman Syurga dan menjadi pengunjung setia taman tema. Itulah point saya untuk entri kali ini. Jangan utamakan kehendak jika keperluan belum dipenuhi. Utamakan yang lebih utama.

Semoga bermanfaat dan selamat beriman serta beramal soleh.

Wallahu A'lam.

4 ulasan:

  1. Salam Ibnu Samaon,

    Islam tidak pernah menyekat pergerakan penganutnya. Hanya yang memahami sebenarnya baru tahu beapa mudahnya perjalanan hidup kalau mengikut garis-panduan yang telah diberikan. Bukan tidak boleh berhibur. Bukan tidak boleh beriadah. Yang penting kegiatan tidak melalaikan.

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam Kak. Terima kasih atas pandangan.

    BalasPadam
  3. Salam Ibnu Samaon

    Teringat kisah nabi Sulaiman: Allah berfirman:
    "(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari. (Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku yang baik kepada lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam. (Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): Bawa balik kuda itu kepadaku; maka dia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor)". (Sad [38] : 31 - 33)

    Dalam ayat itu Allah gunakan perkataan hubbul khair (kesukaan yang baik) yakni semasa menyaksikan pertunjukan itu, kuda-kuda yang digunakan ialah kuda untuk perang fi sabillillah.. Jadi baik di sini ialah melatih kuda supaya tangkas berlari. Jadi di sini yang menghalang kita untuk khusyuk ialah hobi. Kita dinasihatkan supaya berhati-hati dengan hobi kita. Hobi yang baik sekalipun menyebabkan kelalaian apatah lagi hobi yang tidak baik.

    Jadi di sini benarlah bahawa kita boleh beriadah dan apa saja asalkan tidak lupa INGAT ALLAH.. Ingatlah DIA di mana saja kita berada dan apa sahaja yang kita buat.

    BalasPadam
  4. Waalaikumusalam Kak Werdah.
    Jazakillahu khairan kathir. Zikrullah itu sesuatu yang amat disukai-Nya. Janganlah kita tinggalkan amalan ini kerana dengan jalan ini sahaja kita boleh success.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...