Jumaat, November 5

KULIAH TAUHID SIRI 14

Batal Iman bila seseorang itu meng'ia'kan perkara-perkara yang haram dan maksiat. Juga, meredhai dengan undang-undang ciptaan manusia.
[Akidah Islam]
Bila Tuhan kata "Jangan".
Hamba wajib kata "Jangan".
Andainya dia kata "Boleh buat",
Maka tertolaklah Syahadahnya,
Kerana dia menolak perintah Tuhannya.

Oleh itu,
Berhati-hatilah dikau jika berhadapan dengan hal maksiat.
Berhati-hatilah dikau bila berhadapan dengan orang zalim.
Berhati-hatilah dikau bila disuruh mencari wanita dan arak oleh orang atasanmu.
Berhati-hatilah dikau bila menyertai majlis keramaian yang bergaul bebas lelaki dan wanita.
Berhati-hatilah dikau bila disuruh menyombongkan diri dihadapan orang bawahanmu.
Berhati-hatilah... daripada meng'ia'kan perbuatan haram tersebut. Kerana boleh jadi, imanmu akan terbatal tanpa kamu sedari. Nauzubillahi min dzalik!

Wallahu A'lam.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ibnu Samaon,

    Terlalu banyak yang ada di depan mata kita yang tidak dapat dilawan dengan kata. Hati yang dangkal dengan hasutan syaitan akan meng"IA"kan apa yang "TIDAK" itu.

    Semoga kita tidak tergolong dalam kelompok yang itu.

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam Kakzakie.

    Begitulah hakikat umat di akhir zaman dimana semua jenis fitnah umat terdahulu terkumpul di akhir zaman ini. Bunuh anak(zaman firaun), zina, seks sejenis (kaum Lut), arak, riba, dsbnya.

    Tanpa suluhan iman, yang menampakkan kepada kita yang benar itu benar. Dan yang mungkar itu mungkar, maka kekallah kita meng"IA"kan apa-apa yang mungkar. Marilah kita berusaha menghadiri majlis ilmu semoga iman kembali mekar, dan amal kembali berbuah. InsyaAllah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...