"Perbezaan cara jika mengambil sesuatu tindakan antara orang Mukmin dan orang munafik. Orang Mukmin bila hendak mengambil sesuatu tindakan akan merujuk pada Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. dan pendapat Ulama' dan Kias. Orang munafik bila hendak bertindak dalam sesuatu masalah, ia akan menurut hawa nafsu dan cara menggunakan lojik akal tanpa berpandukan dari Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.. Maka tertolak dan itulah tandanya akhlak yang jahat dan solat tidak diterima oleh Allah Azza Wa Jalla." [Akidah Islam]
Ya Allah! Solat tak diterima? Apakah kita mahu amal ibadah kita menjadi sia-sia di sisi ALLAH? Mari ubah sikap dan cara kita membuat sesuatu tindakan. Bukan secara semborono membelakangkan petunjuk Islam.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan