Pintu langit sentiasa terbuka untuk menerima segala doa dan taubat hambaNya. Tapi hati manusia tertutup disebabkan dosa-dosanya. [Akidah Islam]Alangkah ruginya jika ini berlaku pada diri kita. Cuba saudara bayangkan seorang tertuduh yang tak bersalah tetapi dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Kemudian dia didapati tidak bersalah maka pintu penjara terbuka untuknya bebas keluar. Namun dia menolak. Dan setiap hari dia menolak. Peluang kebebasan di depan mata bahkan dia tak bersalah pun. Tapi mengapa harus terus menjalani hukuman?
Begitulah situasi umat manusia yang menzalimi diri dengan perbuatan dosa. Dia terus berbuat dosa siang dan malam. Atau sepanjang malam without fail. Melalaikan perintah-Nya bahkan cuai untuk memohon ampun daripada Tuhannya. Akhirnya Malaikat Maut datang menjemputnya ke Alam Barzakh dalam keadaan bermaksiat kepada Allah. Kotor dan hina. Rugi sungguh! Walhal peluang untuk bertaubat Allah sudah beri setiap hari tetapi manusia tak mengendahkannya. Maka, azab seksaan yang tak terperi sakitnya disediakan untuk orang-orang yang berdosa.
Akhir kalam, hayati Surah Al-Mulk sebagai tazkirah untuk hati ini yang biasa melakukan silap dan dosa.
[6] Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[7] Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8] Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”
[9] Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! ”
[10] Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.
[11] Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan