Kitab Punca-Punca Murtad.
"Jika tidak mendalami ilmu Akidah yang lurus, mungkin ramai orang Islam menjadi murtad tanpa sedar atau ada yang murtad secara tersembunyi. Kemurtadan Sembunyi diresapkan kepada Akal Fikiran yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah."Contoh mudah, menolak hukum Allah seperti Hudud dan Qisas dengan berpendapat ia adalah zalim dan tak berperikemanusiaan. Apakah orang sedemikian lebih tahu daripada Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana??
Begitu juga yang menolak poligami. Adakah dia lebih baik daripada Rasulullah SAW? Jangan menghina Islam berpandukan akal semata-mata tanpa bimbingan cahaya kebenaran.
Sebagai manusia yang sangat KERDIL, mestilah sedar bahawa akal itu terhad. Takkan tahu perkara yang tersembunyi (alam langit, roh, malaikat, dosa, pahala dsb) melainkan setelah diberitahu oleh Wahyu. Takkan tahu perkara yang akan datang (Hari Kiamat). Takkan tahu dari mana ia datang. Dan seterusnya.
Oleh itu, insaflah wahai manusia yang kerdil!
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan