Isnin, Januari 3

SIRAH PARA NABI

Allah s.w.t. amat membenci dengan sesiapa yang suka membeza-beza dan mengasingkan antara orang-orang bawahan dan orang-orang atasan di dalam sesuatu urusan.[Dari Sabda Nabi s.a.w.]

Assalamualaikum saudara-saudaraku.
(Sebelum membaca komentar di bawah, semoga ego di dalam diri dihenyak-henyak ke bawah dan bukalah mata hati untuk melihat ketinggian kebenaran ini).

Sila semak gaya hidup masyarakat kita.  Dalam mana-mana majlis formal biasanya diasingkan meja untuk VIP dan untuk orang kebanyakan. Mereka yang berpangkat tinggi hanya berlegar dalam kelompok eksklusif mereka saja. Anggota bawahan pula terus-menerus menerima layanan yang ala kadar. Dari sudut pengangkutan contohnya kapal terbang pun ada unsur beza-membeza dimana mengandungi kelas bisnes dan kelas ekonomi. Adakah semua ini selari dengan petunjuk Islam? Adakah aktiviti kita semakin mendekatkan diri kita kepada ALLAH atau semakin JAUH DARI-NYA? Nauzubillah.

Sedarkah kita bahwa corak-corak sebegini sebenarnya telah dirancang dan diaturkan dengan rapi oleh para Penjajah Barat @ Kafir laknatullah? Ayuh kita mulakan revolusi mental supaya tidak terus terjerumus di dalam tipu daya musuh-musuh Islam ini. Dan kembali kepada ajaran Islam yang telah disampaikan oleh Nabi kita yang mulia, Muhammad SAW.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...