Rabu, Januari 5

KULIAH TAUHID SIRI 52

Kitab Bahrul Mazi.
"Seseorang itu menjadi jahat, melawan Allah dan Rasulullah s.a.w. dan malas beribadah disebabkan tiga perkara iaitu babi, salib dan gereja berada di dalam diri dan kehidupan kita. Sekarang inilah yang sedang kita alami dan diamalkan."

Babi= Tanpa disedari banyak makanan yang telah dicampur dari bahan babi. Walaupun ada tanda Halal. Ustaz pesan supaya jangan memakan ikan patin dan ayam kerana kebanyakannya telah diberi makan dari serdak proses dari lemak babi. Nak makan ayam pun pastikan benar-benar diternak dan disembelih secara Islam.

Salib= Orang-orang Islam ramai menerima dan mengamalkan ajaran-ajaran Salib. Menghalalkan budaya bercouple seperti menyambut Valentine. Menerima kepercayaan Kristian seperti membenarkan Jesus, Saint Mary, Holy Ghost dan Santa Claus dengan beria-ia menyambut Krismas.

Gereja= Cara dan gaya hidup orang-orang Islam lebih kepada budaya-budaya Kristian daripada budaya-budaya Islam. Dengan berani dan tanpa rasa malu bersentuhan dengan bukan mahram. Berpakaian tak cukup kain. Memperagakan tubuh badan bagi model wanita. Berhibur melampaui batas Islam. Dan 1001 macam kemaksiatan hasil mempraktikkan cara hidup Kristian.

p/s Kristian di sini tak sama dengan yang Ajaran Nabi Isa Alaihi Salam. Kristian zaman ini adalah ajaran yang telah diselewengkan oleh paderi kafir laknatullah yang mengikut bisikan Iblis.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...