Rabu, Januari 5

NIAT TAUBAT UBAH ARAK MENJADI MADU

Sebuah kisah tauladan zaman Sahabat r.a. untuk para pengunjung. Siri cut and paste daripada mesej yang diterima kerana menjadi members of UTAMAKAN SHOLAWAT.
Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di ujung simpang jalan beliau berpapasan dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang disampirkan di belakangnya. 
Timbul marah di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Karena panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan gemetar bahwa benda yang dibawanya ialah madu. Padahal benda itu ialah khamar. 
Dalam keadaan bohong pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari minum minuman arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf serta menyesal melakukan perbuatan yang ditetang oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditentang oleh agama itu. 
Pemuda itu masih menunggu kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga isi kendi itu telah berubah menjadi madu.
Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga dengan niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari marahnya Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.


Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...