Kitab Akidah Islam.
Orang yang mabuk dunia dan menjadi hamba dunia, dia adalah orang yang sanggup menggadai IMAN kerana dunia dan menghapuskan pahala kerana cinta dunia.
Orang yang mabuk cinta, tidak ingat apa-apa melainkan apa yang dicintainya. Maka jadilah kata orang "Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena". Habis digadai hak-hak asasi tersebut semata-mata kerana 'cinta gila'nya.
Demikian juga orang yang mabuk dunia. Habis larangan Allah dia langgar demi memperoleh nikmat duniawi yang digilainya. Bukan setakat memperoleh dosa dan murka Allah, malah dia menghapuskan amal-amal kebaikannya yang lalu. Alangkah ruginya pemabuk dunia.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan