Kitab Akidah Islam.
Orang-orang Islam zaman ini lebih mementingkan ilmu-ilmu untuk mengejar kemewahan saja. Sedangkan ilmu-ilmu bekalan akhiratnya diabaikan dan dipandang ringan.Kemewahan sesuatu yang fana. Suatu hari ia akan musnah atau jatuh di tangan orang lain/pewaris harta. Hal ini pasti berlaku. Oleh itu, mengapa memerah sepenuh perhatian terhadap pengumpulan harta? Mencari benda yang akan luput suatu hari nanti? Bukankah ini suatu kerugian?
Maka carilah ilmu2 akhirat. Kerana hidup di akhirat itu abadi. Selama-lamanya. Tanpa akhir. Carilah teknik2 dan tips2 mencapai kejayaan di negeri akhirat. Dan amalkan seikhlas hati secara istiqamah. InsyaAllah, jauh lebih menguntungkan daripada menumpukkan harta di dunia.
Wallahu A'lam.
p/s Ilmu dunia bukan untuk diabaikan kerana ia juga sebahagian daripada ilmu2 Allah Yang Maha Mengetahui. Namun bukanlah bijak mencari ilmu dunia dan mengenepikan ilmu akhirat. Amatlah dangkal pandangan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan