Khamis, Disember 16

KULIAH FEKAH SIRI 11

Antara tempat yang paling ramai didatangi Syaitan untuk berkumpul, di majlis kenduri kahwin yang tidak mengikut peraturan-peraturan Islam. [Jerat Syaitan]

Bismillahirahmanirahim.

Di hujung-hujung tahun ini, lebih-lebih lagi dalam masa cuti sekolah, ramai yang mengadakan majlis kenduri kahwin. Sayangnya banyak juga majlis yang tak ikut hukum Islam. Antaranya:

  • meneruskan adat tepung tawar (unsur mensyirikkan Allah)
  • menjemput kumpulan kugiran atau berkaraoke lagu yang melalaikan,
  • tiada pemisah antara lelaki dan perempuan yang akhirnya menggalakkan pergaulan di antara bukan mahram
  • makanan berlebihan sehingga berlaku pembaziran

Kemudian, para jemputan berbondong-bondonglah menuju ke majlis-majlis ini. Sedar tak sedar, 'sepasukan' Syaitan Laknatullah turut hadir memeriahkan suasana. Mereka menggoda manusia melalaikan solat, menghiaskan pandangan-pandangan nafsu pada anak-anak gadis yang tak reti berpakaian sopan (senang kata tak tutup aurat), menyebarkan kata-kata umpatan di kalangan muda dan tua, dan segala macam aktiviti Syaitan yang dimurkai Allah.

Kenapa kita mahu terlibat dengan majlis seumpama ini jika kita tahu Syaitan berada di dalamnya? Jika atas dasar memenuhi jemputan itu adalah dituntut dalam agama. Namun untuk berlama-lama di situ adalah tidak wajar untuk kesejahteraan iman.

Wallahu'alam.

2 ulasan:

  1. Salam Ibnu Samaon,

    Banyak terlepas pandang perkara yg membuat syaitan tertawa terbahak-bahak dlm majlis yg sepatutnya membuat ia menangis.

    p/s: Kakak pergi jemputan kahwin lepas makan, salam mak pengantin terus balik. Dah malas nak berlama-lama walau tak ada kemungkaran.

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam.

    Syukran kerana sudi berkongsi pengalaman. Satu contoh yang baik kak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...