Jika diperhatikan dengan neraca Al-Quran dan Sunnah, akan didapati ramai orang-orang Islam hari ini telah mengabdikan diri kepada hawa nafsu. Menghambakan diri kepada manusia dan harta benda. Sehingga ada yang tinggal solat berjemaah dan kuliah-kuliah pengajian. [Fikrah Mukmin]
Inilah akibatnya apabila fahaman materialisme atau kebendaan meresap ke dalam jiwa. Hal-hal zahir SAHAJA diambil perhatian seperti memperoleh isteri cantik, harta kekayaan menimbun, kereta mewah, rumah besar, pangkat besar, dan sebagainya.
Hal-hal batin atau yang tak tercapai oleh pancaindera seperti keredaan Allah, syafaat Rasulullah s.a.w., Syurga, Neraka, pahala, dosa, dan sebagainya tidak pula diambil endah. Kerana tak nampak manfaatnya atau tidak yakin dengannya. Maka persiapan ke alam kubur pun terabai. Oleh itu, bersedialah menghadapi kehidupan yang penuh lintang-pukang kelak!
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan