Orang yang paling hina dan keji yang hidup di dunia ini iaitu orang yang sombong dengan Allah dan RasulNya. Dan orang yang meringan-ringankan menuntut ilmu-ilmu Agama. [Minhajul Abidin]
Kebanyakan menyangka orang yang hina adalah orang yang miskin hartanya. Itu pandangan orang yang jahil tentang hakikat hidup. Kita hidup berTuhan. Diciptakan oleh Tuhan dan setiap detik memerlukan-Nya. Dan akhirnya dikembalikan kepada Tuhan.
Oleh itu, jangan ada sekelumit (sebesar zarahpun) rasa sombong kepada Tuhan yang Menjadikan kita ini.
Begitu juga jangan sesekali sombong dengan Rasul-Nya, Muhammad s.a.w. seperti menghina sunnahnya, memperlekeh keluarga dan sahabatnya, dan lain-lain perbuatan sombong yang tak layak baginya. Betapa tidak, Rasulullah itu manusia yang paling mulia di antara kita semua bahkan seluruh umat manusia.
Mana mungkin orang boleh berlaku sombong dan menghina semulia-mulia insan ini?
Pada hakikatnya, orang yang hina dan keji adalah orang yang sombong kepada ALLAH dan Rasul-Nya. Inilah pandangan yang benar dan tak dapat disangkal lagi.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan