Selasa, Disember 21

KULIAH TAUHID SIRI 20

Kerosakan Iman dan kehidupan kita adalah berpunca dari pengaruh terhadap penipuan orang-orang disekeliling kita setiap hari. Terutama orang-orang yang mementingkan Harta, Kuasa, Ego & Kemegahan yang membawa kepada perbalahan, kedengkian, fitnah-memfitnah dan berlumba-lumba mengejar dunia hingga lupa halal haram dan laknat dari Allah s.w.t. [Al-Iman]

Wallahu A'lam.

2 ulasan:

  1. Salam Ibnu Samaon,

    Semakin dicanang kembali kepangkal jalan semakin dangkal. Yang duduk di atas pula tutup mata tanpa tindakan. Takut pulak kakak bila mengenang anak-anak yang kian membesar dlm lingkungan seperti ini.

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam kak.

    Inilah kenyataan hidup yang mesti kita tempuhi. Dimana fitnah akhir zaman merupakan seburuk-buruk fitnah yang menimpa mana-mana umat.

    Tapi jangan lupa, Allah Taala mengganjarkan pahala yang begitu hebat untuk mereka yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam di akhir zaman ini. Berikut adalah hadis berkaitan:

    "Daripada Abu Umayyah al Sya'bani berkata, "Aku telah datang kpd Abu Tha'labah al Khusyani dan bertanya: Bagaimanakah tafsiran kamu terhadap ayat ini (Wahai orang beriman, jagalah diri kamu, dan janganlah orang yang sesat itu memudaratkan kamu setelah kamu diberi hidayah).

    Katanya: Demi Allah, sesungguhnya kamu telah bertanya kepada Rasulullah saw lalu Baginda menjawab, 'maksudnya ialah: hendaklah kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran sehinggalah apabila kamu melihat ketaatan terhadap rasa tamak, ikutan terhadap hawa nafsu, mendahulukan dunia dan rasa bangga seseorang itu terhadap pendapatnya; di masa itu hendaklah kamu menjaga diri kamu sendiri dan tinggalkanlah hal orang lain. Sesungguhnya di belakang kamu kelak merupakan hari-hari yang memerlukan kesabaran. Kesabaran di masa itu seperti memegang bara api.

    Orang yang beramal dengan Islam di masa itu mendapat pahala lima puluh orang yang beramal seperti amalan kamu sekarang (sahabat)."

    berkata Abdullah bin al Mubarak: seorang perawi selain Utbah telah menambah- ada orang bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah pahala lima puluh dari kalangan kami (sahabat) atau dari kalangan mereka? jawab Rasulullah "bahkan pahala lima puluh dari kalangan kamu (sahabat)."
    (Riwayat imam Tirmidhi)

    Semoga anak-anak kakak, keluarga kakak, saya dan umat islam yang bercita-cita untuk mati sebagai seorang mukmin, berada di kalangan mereka yang diberi Petunjuk oleh Allah Taala insyaAllah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...