Orang yang suka memperhambakan hawa nafsunya dan menebus Akhirat dengan keduniaan adalah orang yang paling rugi dan menerima seksaan yang sangat berat. [Al-Hikmah]
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? (Surah Al-Furqan:43)
Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (Surah Al-Furqan:44)
... dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.(Surah Sod:26)
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan